Saturday, March 2, 2013
Abah dah meninggal....Menteri bebal masih kekal !!!............
Pada rakyat Parlimen Sembrong GMC harap ditangan kalian lah dalam PRU13 kali ini yang menjadi penentu kedudukkan Menteri Amaran ini.
Ditangan Rakyat lah penentu segala-galanya jika di izin Allah!!
Betapa ruginya bangsa Melayu jika terus memiliki dan memilih seorang Menteri yang tidak berkemampuan melaksanakan tangung jawab yang diamanahkan kepadanya hari ini.
Hisyamuddin bukan pemimpin yang cukup layak menduduki kerusi Keselamatan Dalam Negara.
Ketokohan Hisyamuddin sejauh ini hanya menjadi senda gurau Rakyat dan musuh Politik yang hanya melemahkan UMNO semata-mata.
Biarpun berpuluh ribu meninggalkan perjuangan PAS dan PKR tapi dengan adanya Menteri setaraf Hisyamuddin ini tidak membawa apa-apa erti pada Rakyat dan Negara!
Setiap tindakkan Menteri Amaran ini hanya mengundang kebencian yang meluap2 Rakyat terhadap UMNO.
Janganlah kerana nila setitik akan merosak susu sebelanga !!
Sebenarnya UMNO dibenci oleh rakyat bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana pemimpin yang dipilih menerajui UMNO itu sendiri membuat rakyat semakin benci dan mual!
Andainya Dato' Sri Najib masih sayangkankan darah dagingnya ....biarlah Rakyat Sembrong yang menjadi penentu dalam PRU13 nanti dimana selayaknya Menteri Amaran ini harus berada selepas PRU13.
Dan seandainya Dato' Sri Najib lebih sayangkan Rakyat dan bangsanya ketepikan soal darah daging dan buktikan... Rakyat diutamakan demi Negara !!
Dan seandainya Hisyamuddin ingin melihat Politik ketunannya terus dihormati sila kosongkan kerusinya dan tawarkan kepada mereka yang lebih berwibawa dan layak menyandangnya demi rakyat dan negara !!
Rasanya masih banyak lagi jawatan yang lebih layak disandang oleh Menteri Amaran ini berbanding Kerusi yang disandangnya hari ini.
Sabar dik..sini .selepas PRU13 ini kita nyahkan Menteri bebal ini...Insyaallah !!
Wassallam !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menteri Wanita...
Komen yang Tepat dan Jitu - KDN tidak seharusnya dipimpin oleh seorang yang lembap atau lebih tepat pondan - kalau Hamid Albar atau arwah Megat Junid yang kuasai KDN pasti keadaan tidak akan jadi seburuk ini.