Friday, December 14, 2012

PAS/UMNO antara pejuang dan petualang Parti…kah..kah..kah..


Sebenarnya PAS/UMNO sama-sama sedang menghadapi zaman getir masing2. Lagi hampir pilihanraya , lagi banyak masalah yang timbul. Dalam ingin memenangi pilihanraya baik PAS maupun UMNO mempunyai masalah berpuak-puak yang berusaha untuk memenangi puak yang mereka sokong untuk ke hadapan.

Dalam masa yang sama PAS dan UMNO juga sedang menghadapi masalah peribadi pemimpin dan masalah dalaman Parti yang besar hasil dari pembongkaran demi pembongkaran oleh mereka yang menjadi mangsa juga mengetahui banyak perkara.

Isu Penyelewengan Tabung Memali yang melibatkan mangsa –mangsa penipuan itu sendiri telah membuat beberapa pendedahan eksklusif secara berani..kenyataan-kenyataan dari balu-balu yang terdiri dari mangsa penipuan PAS sendiri contohnya pengakuan Pn Soleha Husain balu kepada Allahyarham Ibrahim Mahmod dan diikuti oleh beberapa orang mangsa lagi merupakan satu Isu yang cukup mencengkam pemikiran pemikiran pemimpin PAS hari ini….




Jika Musuh Najib atau UMNO hari ini sebenarnya ada di dalam Umno itu sendiri ….tidak di nafikan bahawa musuh PAS juga berada dalam PAS hari ini.

Masalah yang dihadapi oleh PAS tentang penyelewengan Tabung Memali sebenarnya tidak mendapat sokongan dari luar maupun dalam PAS itu sendiri kerana terlalu ramai dalam PAS yang mahukan mereka yang terlibat berundur dan meninggalkan PAS,

Sebenarnya tidak ada bezanya harapan mereka yang berada dalam Parti masing-masing, jika dalam UMNO ada yang mahukan UMNO dan BN hanya memenangi jumlah kerusi yang kurang dari apa yang didapati dalam pilihanraya sebelum ini ,begitu juga yang berada dalam PAS hari ini , ada yang mahukan PAS hanya memenangi jumlah kerusi yang kurang dari apa yang diperolehinya dalam PRU12 yang lepas .

Sebenarnya yang menjadi musuh itu,  berpunca dari pemimpin dan penyokong Parti itu sendiri kerana  sebahagian besar mereka adalah “melayu” baik melayu UMNO maupun Melayu PAS.walaupun berbeza fahaman Politik tapi itu sekadar pentas untuk mereka memburu kekayaan hidup semata-mata.

Jadi persoalan dari mana “musuh” itu datang sebenarnya satu yang “subjektif “kerana dalam UMNO maupun PAS itu sendiri mereka yang terlibat adalah warga “Politik” itu sendiri.

Dalam UMNO ada bapak dan adik2 mereka yang berfaham PAS manakala …dalam PAS ada bapak dan saudara mara mereka yang berfaham UMNO,dan mereka adalah “Melayu”
Jadi Perbalahan yang timbul dalam Politik masing2 ,sekadar untuk mencari keselesaan hidup dalam Parti yang lebih berkuasa tidak lebih daripada itu.
Perjuangan berteras “kebangsaan maupun Islam itu sebenarnya Cuma aksessori yang menghiasi pentas Politik masing.

Cuma PAS keterlaluan menggunakan aksesori agama bagi menghiasi logo lubang “babi” yang bertiang buluh reput,tapi pada hakikatnya PAS dan UMNO satu rumpun Politik “Melayu” yang berlumba-lumba menerokai kekayaan peribadi dan duniawi melalui pentas Politik masing2.Mereka sebenarnya “satu” keluarga yang sama spesisnya Cuma berbeza pentas mencari makan.

Akhir sekali kita keliru diantara petualang dan pejuang……kerana pada satu masa mereka adalah pejuang dan dalam satu masa yang lain mereka adalah petualang !!...dalam satu masa mereka adalah ulama...dan dalam satu masa yang lain mereka adalah penyangak...!!

Peristiwa Memali satu contoh pentas sandiwara Politik yang baik untuk dijadikan contoh siapa pejuang dan siapa petualang !!

Wa’allhualam...[read more]


Komentar :

ada 1
Anonymous said...
pada hari 

Sikap biar rosak Punah Lillah dan sama2 tak dapat diwarisi oleh setengah2 mereka yang terlalu rakus, mempunyai hati yng busuk adalah diantara sebab musabab yang menyumbang kepada perpecahan Melayu dewasa ini.

Mereka2 ini langsong tidak risau kepada nasib yang akan melanda bangsa Melayu walaupun pada masa yang sama mereka inilah yang berkokok sana sini konon2 nya mereka lah pejuang bangsa, tetapi pada hakikatnya merekalah penjahnam bangsa.

'Jembalang bangsa' ini pasti tidak akan insaf walaupun ROH telah tiba dikerongkong.....!

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.