Monday, November 21, 2011

ISLAM PLURALISME – SESAT! APA TUJUAN ANWAR.................???


Penaja utama yang membiayai buku-buku IKD adalah penaja yang sama dengan pembiayaan buku-buku MEGC iaitu sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang dinamakan Konrad Adenauer Foundation (KAF) atau Konrad Adenauer Stiftung (KAS).

Buku “Islam dan Pluralisme” yang diterbitkan 2006 itu merupakan salah satu buku yang diharamkan oleh KDN pada tahun 2008, kerana didapati fakta yang terkandung dalam buku berkenaan menyeleweng daripada ajaran Islam.






KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengharamkan 11 buah buku, lapan dalam bahasa Inggeris dan tiga lagi dalam bahasa Melayu kerana didapati fakta yang terkandung dalam buku berkenaan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Setiausaha Bahagian Kawalan dan Teks Al Quran, Che Din Yusoh berkata pewartaan Perintah Larangan itu yang dikeluarkan pada 17 Jan lepas menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata buku dalam bahasa Inggeris yang diharamkan ialah Secrets Of The Koran:Revealing Insights Into Islam's Holy Book oleh Don Richardson (Regal Books From Gospel Light, Ventura, Calfornia, USA); Qur'an and Women Rereading the Secrets Text From Woman's Perspective oleh Amina Wadud (Oxford University Press, New York); The Two Faces Of Islam: Saudi Fundamentalism and It's Role in Terrorism oleh Stephen Schwartz (Anchor Books, New York).

Turut diharamkan ialah buku Woman In Islam, oleh Margaret Speaker Yuan (Greenhaven Press Farmington Hills); Islam Unveiled: Disturbing Questions About The World's Fastest-Growing Faith oleh Robert Spencer (Encounter Books Califonia); What Makes Me A Muslim oleh Catherine M. Petrini (KidHaven Press Farmington Hills); The Importance Of Muhammad oleh Marilyn Tower Oliver (Lucent Books, Farmington Hills) dan Faiths Islam Worship, Festival and Ceremonies From Around The World oleh Trevor Barnes (Kingfisher, Massachusets).

Tiga buah buku dalam bahasa Melayu yang diharamkan ialah Amalan Kemurahan Rezeki oleh Lifa Karimah (Jasmin Enterprise), Rahsia Jalan Yang Lurus (Al-Mustaqim, Johor Bahru) dan Islam & Pluralisme oleh Al-Mustaqeem Mahmood Radhi (Middle Eastern Graduate Centre, Damansara Kuala Lumpur), katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Che Din berkata mereka yang sabit kesalahan mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan yang dilarang boleh dikenakan tindakan penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

"Sekiranya penerbitan itu dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam dan seterusnya boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya.

-- BERNAMA 






Komentar :

ada 1
tesat said...
pada hari 

k3c54c7v19 e0c06l5u36 n5s98g3m49 m7h79c7j59 u9r31q1h20 j3w25n0y48

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.