Sunday, November 6, 2011

AZIZAN RAZAK BUAT LAWAK AIDIL ADHA....kah..kah...kahhh


"Kedah akan bina Sekolah Tahfiz Sains di Langkawi"?

Kah..kah..kahhh

Baguih la tu kalau ada niat ..tak buat pun tak pa.. kah..kah..kahh

“YAN - Kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah Sekolah Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi sebagai sebahagian usaha menjadikan negeri itu sebagai pusat ilmu terkemuka.” 

Kah..kah..kahhh

Pokdok PakYa tu pun hebat Ostat oi..setaraf Madrasah Islahiah Diniah Kampung Memali yang mampu menghasilkan arkitek PAS di Kedah juga... dan bebarapa orang syuhada…

Cuma duit tabung depa saja yang PAS gabuih !!

Kah..kah..kahh

Tapi sebelum Ostat Azizan Razak nak bina Tafiz di Langkawi elok Ostat Zizan baca dulu apa kata Veteran PAS ni..

“cermin kereta hancur satu hal… yang Ostat Azizan tergamak memotong bkalan air SADA di taufikiah tu buat pa..hari ini Ostat nak buka lagi sekolah Tahfis…issss…Ostat pikiq dula kali dulu Ostat.

Orang bina sekolah agama ni nak bagi budak2 belajar bukan nk tengok puak2 PAS yg kononnya tok-tok guru dok bertokak sesame sendiri..apa pun Ostat dan puak2 Ostat baca dulu kisahnya…kisah “Ostat dengan Pokdok Pakya”lepas tu Ostat pi la buka dimana pun tahfiz nak buka di High Tech pun tak pa…

Kah..kah..kahhh

Tapi Pendapat GMC elok Ostat naik taraf Madrasah Islahiah Diniah Kampung Memali dan MADRASAH TAUFIKIAH KHAIRIAH AL-HALIMIAH (MTKH PADANG LUMAT,KEDAH) terlebih dulu GMC dengar kedua2 Madrasah itu pun perlu peruntukkan tertentu…jangan yang dikejar tak dapat ..yang ada dalam kain Ostat bertabur dijalan... sapa nak pi kutib Ostat…geli ana !!

Kah..kah..kahhhh


Azizan Razak tersenyum riang melihat dua buah Madrasah ini sudah hampir lingkup dibawah pentadbiran nya bersama kuncu yang bertaraf Arkitek PAS kedah..kah..kah..kahh


Telaga zam-zam pun boleh tahan juga..silap2 Ostat Zizan boleh telentang atas tar tu...!!


Diatas ini pula Madrasah TAUFIKIAH KHAIRIAH [Pondok PakYA yang cukup banyak berjasa pada Ostat Azizan...tapi hari ini Ostat Azizan dah tak ambil peduli..ayaq pun MB gamak potong lagi..kah..kah..kahhh


Cuba kita tengok berapa ekor lagi pelajar2 disini berbanding dulu sebelum Arkitek PAS berkuasa? Arkitek PAS ini nak meruntuk atau nak membangun Madrasah Islahiah Diniah Kampung Memali ni..GMC rasa ini arkitek PAS ni nak meruntuh  Madrasah Islahiah Diniah Kampung Memali...kah..kah..kahhh


Usang hidup bagai  nyawa-nyawa ikan,hari ini Madrasah Islahiah Diniah Kampung Memali ini  seolah-olah hidup segan mati tak mau...mengapa setelah PAS berkuasa perjalanan sekolah ini kian malap dan gelap????


KISAH AZIZAN DAN PONDOK PAKYA Vs Sekolah Tahfiz Sains di Langkawi

Azizan menjadi YDP Jerai ketika merancang untuk mengambil alih Pondok Pakya, Azizan menjadi pengerusi, Hj.Taulan Rasul bendahari dan Hj Najib setiausaha. AJK semua orang kuat PAS samada peringkat kawasan atau negeri. Memang Taufikiah mesti diselamatkan.

Sejak ambil alih, memang bil air telah tertunggak puluhan ribu, AJK dan sebagai pengerusi - Azizan tahu bil air terus bertambah kerana kedudukan kewangan Taufikiah yang terlalu runcing . Tapi masa itu, mujur Mahadir Khalid sebagai MB Kedah, air ke Taufikiah tidak dipotong. Azizan lepas jawatan pengerusi Taufikiah selepas Hj.Najib letak jawatan S/U PAS Jerai.


Selepas 2 tahun menjadi MB, air diserah pada SADA, air Taufikiah dipotong alasan tak bayar bil. Taufikiah ada utus surat agar kerajaan Kedah dapat hapus kira separuh bil tertunggak.

Ada janji permohonan boleh ditimbangkan, sedang Taufikiah tunggu surat jawapan, tiba tiba air dipotong. Kata pegawai kewangan SADA ( Tengku Sulaiman), CEO dah talipon orang atas, orang atas arah air Taufikiah dipotong. Sedangkan kita dah semak banyak lagi tempat, instituisi yang hutang bilnya lebih tinggi tak dipotong.

Memang Azizan pernah kata “ kalau aku nak lawan, aku akan pastikan lawan aku tu, kena lanyak hingga betul betul jatuh sungkur . Azizan lupa tambah dengan izin Allah.

Ada maklumat, dalam mesyuarat AJK lembaga selepas air dipotong ada AJK tertanya tanya “ pasal apa Azizan marah sangat kepada Taufikiah, hingga turut bermusuh dengan orang yang berkaitan dengan Taufikiah?”. Azizan pandang Taufikiah lebih teruk dari apa yang Taufikiah pernah lalui di zaman UMNO dulu.

Semasa jadi YDP Jerai (selepas lepas jawatan di Taufikiah), Azizan mati matian halang YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, jangan datang ke program Taufikiah. Azizan malah minta bantuan FRU untuk kepung dan halang Tok Guru berceramah di Taufikiah. Polis YAN diguna untuk koyak poster ceramah Tok Guru. Malam itu FRU kepong Taufikiah, Tok Guru sempat ceramah sekejap, akhirnya terpaksa batal diganggui polis dan FRU. Kenapa Azizan bertindak bagitu –

Azizan marah gara gara AJK Taufikiah tak senarai DIA ceramah bersama Tok Guru. Sedangkan ini, majlis Taufikiah bukan majlis PAS.

Tidak hairan sekarang, selepas Azizan berkuasa, legasi Pakya (pinjam ungkapan Azizan) dah habis dalam PAS. Bagi Azizan Legasi Pakya tidak pernah beri infak kepada PAS Jerai mahupon PAS Kedah. Azizan tidak tahu Pakya sedia dipecat dari Majlis Petua Negeri Kedah semata mata kerana mau mempertahankan bahawa Ustaz Ibrahim dan rakannya gugur SHAHID di Memali.

Ustaz Azhari banyak menumpu dan menggerak usrah dan tarbiah, Hj Najib menumpu bidang pendidikan – mengasas PASTI dan menganjur kursus guru PASTI, terbuka untuk seluruh M’sia dan mengasas SRIDU disamping membawa Ust Ayob dari Taufikiah sebagai Pengetua SMIDU. Azizan sanggup kata, Pondok Pakya sebagai sekolah anak beranak dan keluarga.

Azizan tahu masaalah Taufikiah, semua ini berlaku di zaman dia menjadi Pengerusi Lembaga Tadbir Taufikiah. Azizan tahu dizaman dia, Hj.Najib dan AJK lembaga berulang kali ke Putra Jaya berjumpa Peguam Negara dan Pretam Singh (Peguam di Jabatan Peguam Negara) untuk selesaikan masaalah tanah Taufikiah.

Peguam Negara lambat betulkan semua ini kerana Jabatan Peguam Negara ada lapuran kononnya PAS nak ambil alih Taufikiah dan hartanya. Hj Najib tak ada nama dalam tanah sekolah walau seinci pon. Azizan tahu kerana mesyuarat lembaga tadbir yang DIA jadi pengerusi selalu diberi taklimat.

Azizan sepatutnya bantu selesaikan masaaalah yang DIA tinggal, apatah lagi DIA MB sekarang. bukan menjadi taukeh fitnah. Azizan bijak mengarah skrip dan DIA akan selalu berlakon watak alim, watak ustaz.

PAS ada struktur organisasi yang setiap tahun semua penyata dibincang dalam muktamar dan diluluskan. Pepatah ada kata mengapa pahat berbunyi lagi selepas rumah dah siap!.

Bagi mereka yang menghalusi selok belok Azizan, mereka tidak hairan Azizan memburuk kan keluarga PAKYA, menidak Ust Azhari.

Azizan malah sudah pergi jauh dari itu. Sejarah Allaryarham Presiden juga mau dipadam dari lipatan sejarah PAS Kedah.

Mana ada majlis besar, betul betul dianjur memperingati Allahyarham?, kalau ada pun hanya sekadar melepas batuk ditangga – tak ada pimpinan jauh sekali Azizan hadzir. KIDU dan SMIDU yang diasaskan oleh Allahyarham pun tak terima bantuan yang sewajarnya.

KIDU,SMIDU kelihatan usang, gaji pensyarah dan guru tetap ditakuk lama.....

GMC @p/s Ostat nak cari reba lagi ka Ostat???

Komentar :

ada 0 comments ke “AZIZAN RAZAK BUAT LAWAK AIDIL ADHA....kah..kah...kahhh”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.