Monday, November 29, 2010

SUNGGUHKA TOK DET?....kahh..kah..kahhh..


Catur Politik Kedah oleh Dato’ Najib memeningkan kepala cukong2 UMNO yang ternanti..siapa? dan siapa ?

…kahh….kahhhh….

Tapi angin dan hujan lebat di Parlimen petang tadi sebagai satu petunjuk akhir…mimpi ngeri pada yang mengharap…

Kahh..kahh..kahhh…..

Apa kata jauhari…..????


jauhari said...

suara dari Blog Sungguhka

antara candidate yg terbaik utk menerajui Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah ada 3 org tokoh..

1- Dato' Mukhriz Tun Mahathir
2- Dato'Bashah Md Hanipah
3- Dato' Mahdzir Khalid

Dato' Jamil Khir tidak tersenarai bukan kerana beliau tidak layak tetapi mengambil kira kekangan masa dek kerana memegang jawatan Menteri di JPM.

Mgkin kerana faktor itu juga beliau telah gagal menggerakkan jentera penerangan selama beliau menerajui Biro tersebut.

Dato' Mukhriz pula dilihat sbg 'Mr Clean' di Kedah, auranya dikatakan mampu utk menarik sokongan golongan atas pagar di Negeri kedah, namun begitu ramai pemerhati politik melihat Dato' Seri Najib lebih berminat dan memrlukan Dato' Mukhriz di peringkat pusat dan jika melihatkan kepada gerak kerja dan Track record selama memegang Tim Menteri di MITI ramai yg meramalkan Dato' MM akan melompat ke Menteri penuh selepas ini..amat rugi sekiranya masa dan tenaga Dato' MM hanya berlegar di sekitar Kedah kerana Dato' Mukhriz dikatakan lebih diperlukan di peringkat 'International'..

Dato' Bashah walau sentiasa dilevel sbg pemimpin yg tiada kelayakan akademi tetapi ianya mgkin tidak memberi apa-apa kekurangan bagi Dato' Seri Najib utk menobatkan beliau sbg Pengerusi Perhubungan Kedah memandangkan beliau adalah yg paling senior di Kedah..cuma mgkin diarus politik masa kini yg lebih mencabar ekoran kebanjiran golongan profasional dan terpelajar sedikit memberi tamparan kpd Dato' Bashah..tapi kalau terpelajar saja bab kerja lingkup x guna jugak..biarlah yg x berapa terpelajar tapi mampu memikul tanggungjawab...paling menarik ialah mengenai Dato' Mahdzir Khalid mantan MB Kedah..beliau di level sbg org Pak Lah yg sepatutnya sudah terkubur di era Najib..namun jika diperhatikan beliau sentiasa berada didalam 'shortlist' pengerusi Perhubungan..apa yg menyebabkan beliau tidak mudah di tolak? dan apakah Dato' seri Najib mengambil kira sentimen org Pak lah dalam membuat keputusan..setelah sekian lama org memburukkan nama Mahdzir Khalid dgn pelbagai kontreversi dan skandal, tapi sehingga kini tidak ada bukti kukuh yg beliau terlibat sebagaimana yg di gembar gemburkan..segala klip video yg dipaparkan dalam internet mengenai skandal beliau palsu semata setelah ramai bloggers mencari kebenaran tuduhan tersebut..khabarnya Tun M tidak berminat dgn MK ekoran kekalahan Tun M dlm pemilihan G7 di Kubang Pasu satu ketika dulu..tetapi ramai juga pemerhati politik melihat Tun M adalah seorang yg cukup matang dan sekiranya MK benar2 layak menerajui kembali Umno Kedah maka Tun M tidak bermasalah mengenai percaturan itu asalkan Kedah dapat ditawan semula dari PAS dlm PRU 13 nanti..persoalannya ialah siapakah sebenarnya yg bermasalah dengan Mahdzir Khalid?

Tun M atau segelintir musuh2 Mahdzir Khalid di Kedah? sebagai seorang yg berkelulusan dari USM,

Menang dlm PRU 12 dgn majoriti yang meningkat,jugak titlenya sbg MKT dan ketua bahagian Pdg Terap maka MK juga tidak boleh diketepikan sbg calon Pemimpin utama Kedah..tidak keterlaluan jika dikatakan gabungan Dato' Bashah dan Dato' Mahdzir Khlaid adalah gabungan yg mampu menggalas tanggungjawab bagi menerajui Kedah dalam menghadapi PRU 13 nanti..apa pun segalanya terletak ditangan najib dan dgn ketentuan Allah...

November 29, 2010 4:32 PM

Penin..!! Penin !! Penin !!…dan terus penin UMNO Kedah

UMNO Kedah Celaru rakyat Haru biru……!!

GMC no komen…… !!!

Yang penting PAS perlu dinyahkan di bumi Kedah !!

Komentar :

ada 19 comments ke “SUNGGUHKA TOK DET?....kahh..kah..kahhh..”
Anonymous said...
pada hari 

salam
TAHNIAH
blog ko dalam rangking
ikhlas
donchinchai

p/s : saya jarang guna google account bila komen blog ko sebab di masa yang sama saya sign in dalam you tube guna nama sebenar...
wait...saya tukar

doncin cai said...
pada hari 

salam
TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH !

doncin cai said...
pada hari 

salam

CONGRAT.

ikhlas

Anonymous said...
pada hari 

Pada saya setiap pemimpin tak kira diperingkat mana pun mereka ada kekuatan dan kelemahan / kesilapan masing-masing. tiada yang sempurna. Dato' Mukhriz ka, Tok Det ka atau Tok Bashah ka semuanya ada kekuatan masing-masing. yang penting keputusan harus dibuat dan apabila keputusan dibuat semua harus menghormati. itu saja. kalau semua bercakap atas kepentingan masing-masing, sampai bila pun masalah tak mampu diselesaikan.

doncin cai said...
pada hari 

frankly, GMC in my my bookmarks although i'm not kedah people
BUT
grew in kedah 1976-1980...kat satu sekolah di kubang pasu
sekarang setiap bulan insyaAllah ke kedah kerana terdapat urusan keluarga....
1978, saya teringat proses pengiraan undi berlangsung di sekolah saya... ketika itu Dr. Mahathir adalah calon BN.... saya memang sentiasa menunggu di TV sehingga sekarang untuk mendengar Dr Mahathir mengeluarkan sebarang statement......sejak Dato' Najib jadi PM sekali sekala beliau muncul...masa Dollah dulu, beliau seolah olah bukan negarawan...
"siapa budak kheri tu...bla.bla.bla." SINIS !
" how can count about 800 ballots take seven hours..." he.he.he
PERBUATAN MEREKA YANG SAYA TIDAK BOLEH LUPA...
bilamana Dr Mahathir resign,pada keesokkannya : semua media arus perdana dan media nyamuk di larang untuk menyiarkan sebarang ucapan terima kasih dari individu, company , badan berkanun dll terhadap Dr Mahathir
shit !!!!!!!!!
Allah swt Maha Kaya

sungguhka said...
pada hari 

...kahh..kah..kahhh.. GMC dah fining....
Awat tetiba aja bukak langkah slow la pulak. Dah kena racun Mummy Rokiah dah kaaa.......? Atau pun terasuk dgn Pelantaq hujah atau Merbok Time atau Jauhari (jauhari saja yg kenal manikam ...kahh..kah..kahhh..).......?

Jgn la ...kahh..kah..kahhh.. tukaq jadi auw..auw..auw...

...kahh..kah..kahhh..

Kpd Jauhari...... hang jgn dok guna ayat Dato' MM tu "Mr Clean". Bukan apa, aku takut jagi "Mr Clean PakLah".... ...kahh..kah..kahhh..

Aku sapa pun jadi Pengerusi aku tak peduli....... janji Kedah wajib diambil kembali.

Anonymous said...
pada hari 

GMC, andaian ko macam takut2 jeeerrr... selalu ko balaih macam makan tak habis.

Kali niii.... phwwww.. claaass.... urut macam JEK fokker nak mai.....

Blogger2 Kedah niii...? sengap semua?. Ko sorang je yang ada. Detguaq..? Sobri Sudin (via Kedahtime)...? Merboktime...? Cucu Tok Wan..? MAMYROKIAH? tak dak class lah... fakta gagau!!! nnnnnn the Sanggul Melayu tak gheti atau takut nak komen ka...?

Anonymous said...
pada hari 

GMC, AMACAM umno pULAU pINANG?

Anonymous said...
pada hari 

UMNO PULAU PINANG?????.........MIMPI PUN JANGAN..!!

BUAT HILANG AYAQ LIAQ BASI UMNO SAJA....

Kahh....kahhh...kahhhhh

orang melayu boleh mai tanjung tumpang mandi di batu ferenggi je la lepas tu teruih di telan tsunami Kalipah Guan ENG.

kah..kah,..kahh...

Anonymous said...
pada hari 

Gmc- panggil semua yang berkenaan lambung dadu nombor siapa yang naik, raya kita. settel tarak penin kepala.jangan lebeh 4 orang.

tungkaran hati.blogspot said...
pada hari 

Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

malayu botoi said...
pada hari 

Baguih juga lah jadi PBPUK.Lepas ini ketua bahagian ada peluang pi ostolia pula.Pasai dia pemurah.Bodo la kalau tak sokong.Ada juga PU3 yg seronok.

Anak Pantai Merdeka said...
pada hari 

Depa kata Tok Det kot!!!, ramai suara diluaq ni dok cakap macam tu.

Anak Pantai Merdeka said...
pada hari 

Sapa pun tak pa, tapi biaq la yang berjenih sikit kot!!!, jangan pilih yg rajin dok melobi saja, yang tak rajin melobi pun kena tengok sama. Kalau boleh pilih yang ada factor wow!!!, bukan senang nak lawan Ostad Zizan...pengalaman banyak tu, cuma terkadang tersasul tak dapat kawal emosi.

sarjana said...
pada hari 

Kalau nak lawan dengan PAS bukan boleh dok ada dipadang golf lama sangat.Main golf sepanjang masa.Aku sikit tak yakin dengan pemimpin UMNO yang ada di Kedah setakat hari.Yang naik kerana rasuah politik wang.Bukan hebat kerana ketokohan.Dah nak sampai 3 tahun pun masih kabur.Macamana saki baki 2 tahun lagi.Yang salah ialah semua ketua bahagian yang tak buat kerja.Depa lena.Kerja depa makan kenduri dan ziarah orang mati sahaja.Memang keperluan kena buat.Tapi tak melepasi halangan politik nak tawan Kedah kembali.Penyokong PAS pun buat kerja juga.Jangan ingat depa dudok sahaja.Cuma mereka buat kerja tak ada disiar dalam sorat habak dan TV.Siapa yg jadi Pengerusi UMNO nanti kena lipat 200 peratus kali ganda.Dia kena kumpul segala kekuatan sama ada yg baru dan lama.Tua muda kena bersatu.Pemimpin jangan ranggi dengan kereta mewah.Tak payahlah pamer Merc BMW.Simpa kat rumah dulu.Pengerusi kena tengok keliling dan sama rata.Tak ada kroni,pilih kasih.Jangan dok tengok dan belai yang ada jawatan sahaja.Ahli biasa yg haprak pun kena tengok juga.Kalau dok stail lama juga.aslamat lah jawapnya plm PRU 13 nanti.

ajmain said...
pada hari 

Nak lawan PAS kalau dok harap pada pagawai JASA jabatan penerangan mampuih lah umno dikedah.Aku pun tak tahu apa kerja depa.Yang aku tahu dikalangan depa pun ada geli-geli juga nak jadi calon.

pian said...
pada hari 

yang amat penting sapa pun jadi pengerusi nanti kumpulkan semua tokoh baru dan lama sebagai satu team.Berpakatlah pada satu tujuan sahaja untok memenangi piliohanraya di Kedah.Carilah foemula yg terbaik.Ibarat kalau naik keretapi nanti jangan ada seorang pun kita tinggalkan.Inilah pesan seorang tokoh lama semasa kami minum dan sembang kat kedai kopi sementara tunggu hujan berhenti.Bukan susah katanya.Muafakat itu yang penting.Sayang masa penegerusi dulu tak buat macam ini.Itulah puncanya yg umno kedah selerak.

Anonymous said...
pada hari 

bg bashah cuba plak wp educatuon dia x brp baguih..ahmad lebai sudin pun senior jgak apa...tok det yg ada degree dah gagal..skandal lain blm terbukti ttp jd MB 2 1/2 tahun buat rumah jutaan ringgit dia nk sorok kat mana!!!!semua pengerusi perhub negeri yg kalah pru 12 dh ltk jwtn sbb rs bertggjwb atas kekalahan tersebut...kalau bg tokdet jgak..rasa ramai yg dh x sbaq nk pangkah PAS skali lg!!!!!

luar kampus said...
pada hari 

komen kita harus rasional dan tidak terikat dengan kepentingan mana2 individu..bagi saya kita akui bahawa Dato' Ahmad Lebai sudin juga merupakan politikus senior di Kedah..Namun mengikut track record terkini yg dicatat di Putrajaya mendapati Dato' Ahmad Lebai sudin telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno atas kesalahan mensabotaj parti BN pada PRU ke 12 dan telah digantung selama 2 tahun..selepas itu beliau merayu kepada PM supaya hukuman gantung keatasnya disingkatkan, x ramai yg tahu bahawa dato' Ahmad Lebai Sudin menangis teresak-esak agar rayuannya diterima..akhirnya atas dasar simpati Lembaga Rayuan Umno Malaysia telah mengampunkan beliau dengan harapan Dato' Ahmad bertaubat diatas perbuatannya yg mensabotaj parti sehingga menyumbang kepada runtuhnya pemerintahan Umno di Kedah sekaligus menobatkan Ust Azizan Abd Razak dari PAS sebagai MB Kedah. Harus juga diingat beberapa tahun lalu Dato' Ahmad L. Sudin pernah didapati bersalah mengamalkan politik wang juga oleh Lembaga Disiplin Umno dan diberi amaran keras..Sedar atau tidak Dato' Ahamad juga telah 2 kali tewas dlm pilihanraya sekaligus membuktikan rakyat telah berkali-kali menolak beliau..Kini beliau dilihat sentiasa mengekori Dato' Sahlan Setpol Najib dgn harapan masih diberi peluang sbg calon BN pd PRU 13..dan beliau juga merupakan antara yg begitu bersungguh2 melobi jawatan pengerusi perhubungan Umno bg menggantikan Dato' Lanun Semporna..Tidak siapa yg tahu apa yg ada dalam fikiran Dato' Seri Najib..Tetapi Dato' seri Najib lebih tahu dimana tempat yg lebih sesuai untuk Dato' Ahmad Lebai Sudin selaku satu-satunya Ketua Umno Bahagian di Malaysia yg bersalah mengkhianati Parti..Renungkan..

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.