Wednesday, October 27, 2010

PKR DAN DAP GAGAL MENDIDIK AHLI.

sumber: Dari puak-puak PAS
Bahan : Azizan Dalam Dosa.


Telah 2 tahun PAS memerintah negeri Kedah.Sudah hampir ke kemuncak untuk turun ke gelanggang pilihanraya baru ( PRU 13).Ada desas desus mengatakan hujung tahun ini PM akan bubar parlimen.

Memang ada asasnya Jika di lihat perkembangan muktahir.Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dan Parlimen Ulu Selangor jelas sokongan rakyat menyelebahi BN.

Juga kemelut dalaman PKR mungkin faktor untuk PM bertambah yakin.Kembalinya ahli-ahli PKR kepada UMNO,MIC dan MCA ibarat ikan pulang ke lubuk.

Kini kekuatan Pakatan Rakyat ( PR) bergantung kepada PAS dan DAP.Mampukah kedua ini seiringan mengharungi PRU13,sedangkan mereka juga berlainan ideology.

Pengundi PAS mungkin telah serik member kepercayaan terhadap calon PKR dan DAP.Sikap mereka ini menyebabkan PR hilang sebuah negeri,yakni Perak.Mungkin banyak yang menyalahkan UMNO dan BN,namun hakikatnya PKR dan DAP gagal mendidik calon mereka.
Berbeza dengan PAS,khasnya di Kelantan.

Walaupun BN perlu seorng saja ADUN PAS di Kelantan menyertai BN pada PRU 12 yang lalu,namun BN khususnya UMNO tewas dengan anak-anak didik Tuan Guru Nik Aziz.Malah PAS masih menguasai Kelantan.

Tuan Guru Nik Aziz telah berjaya menerajui Kelantan walaupun berbagai fitnah yang dilemparkan ke atasnya oleh musuh.Tak kurang juga segelintir orang-orang yang berkepentingan dalam pimpinan PAS Kelantan sendiri.

Dengan ketabahan dan sering meletakkan segala harapan pada Allah,beliau mengekalkan pemerintahan Kelantan melebihi 20 tahun.Kewibawaan Tuan Guru Nik Aziz telah membimbangkan setengah pihak, bolehkah penganti beliua dapat menawan hati rakyat.

Walaupun ada yang menyebut Husam sesuai kerana berjiwa rakyat,tetapi dia bukan lah seorang dikalangan ulama.Walaupun bukan syarat,para ulama dalam PAS masih belum bersedia menerima orang secular menjadai pemimpin mereka walaupun individu sekular itu lebih berakhlak,lebih bertaqwa dari mereka,serta diterima masyarakat.

Bagi PAS Kelantan dan Terengganu,mungkin tidak menghadapi masaalah atas pemikiran ini.Sebab mereka ramai ulama dan para ustaz.

Bagaimana pula dengan negeri lain,Kedah umpamanya.Sekarang ini pun dah terdengar suara,siapa selepas ustaz Azizan,Kalau nak dikira,kalangan ustaz yang menjadi ADUN di Kedah berapa kerat saja.Ustaz Rasyidi ( Langgar Limbong ), Ustaz Izzat (Bukit Lada ),Ustaz Ghani (air Hitam ), Ustaz Yaakob ( serdang ) dan Ir.Fakhorazi ( Pengkalan Kundur ).

Tapi mampukah PAS Kedah mengekalkan kemenangan dalam PRU 13 kelak ? Kalau menang adakah ustaz Azizan akan mudah menyerah kepada muka baru.

Umpamanya Ustaz Taib A zimuddin bekas Imam Masjid Negara mungkin akan muncul sebagai ADUN baru di mana-mana DUN dalam Parlimen Baling.Terutamanya DUN Kupang yang selamat buat PAS.

Ada suara yang menyebut,selagi ustaz Azizan ada,sukar untuk orang lain mengmbil alih.Sebaliknya pula,ada juga suara yang mengatakan,selagi ustaz Azizan berkuasa dengan gayanya sekarang,PAS akan menghadapi masalah besar.Lalu,ada sesuatu yang harus dibincangkan.

Dibimbangkan caranya itu tidak dapat menawan hati rakyat Kedah,khasnya pengundi untuk member kepercayaan kepada PAS mentadbir Kedah selepas PRUnanti.
Dalam tempoh 2 tahun ini,ternyata wujud kebimbangan beberapa pihak,termasukahli PAS yang agak kecewa dengan peribadi ustaz Azizan.

Apakah peribadi beliau yang membimbangkan itu ? inilah yang seharusnya di persoalkan oleh ahli PAS.Apa yang berlaku di Kedah dalam pentadbiran ustaz Azizan ini,tidak boleh dipandang remeh atau terlepas pandang.

....bersambung

Komentar :

ada 0 comments ke “PKR DAN DAP GAGAL MENDIDIK AHLI.”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.