Thursday, October 28, 2010

Percayalah…….PAS ITU PARTI PUTAQ BELIT.....kah..kah..kah...


Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional
bukan kerana dia lama memerintah kerajaan.

Kita menentang kerana UMNO mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Realitynya:

[Awang Hadi lupa…Isu kerajaan perpaduan ulama politik Dajal ini di Skru semahunya oleh penyokong sendiri]..."

"Kita menentang Umno Bukan Kerana ianya Umno"... Amanat ini kami pegang walaupun ada pemimpin kami yang melupakannya. Oleh: WFAUZDIN NS
Siapa pemimpin yang dimaksudkan itu….?

Dia lah manusia spesis talibarut bersama DAP hari ini…
Allahuakbar !!

"Negara Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Nik Aziz Nik Mat Oktober 2001.

"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Realitynya:

KOTA BHARU 2 Sept:

“…Pas dan tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan Persekutuan[perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah] yang sedia ada sekiranya Pas hendak melaksanakan syariat Islam” Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan.

“KOTA BHARU 2 Sept. – Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.

……"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram"….

Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

“PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam” Awang Hadi.
Realitinya:

“KOTA BHARU 2 Sept. – Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.”
http://exception2008.blogspot.com/2010/09/pas-takkan-laksanakan-hudud.html

“DAP menolak pembentukan negara Islam, tetapi YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat menerimanya dengan segala kesyukuran. (Lihat Utusan Malaysia 22 April 1999 dan Berita Harian 15 Mei 1999

Untuk menguat hujahnya Nik Aziz mencabar pemimpin DAP….

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

“Politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi ‘peperangan’ dalam pilihanraya.” Ulama trompah Nik Aziz

“Dimanakah dalam mana-mana Transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan Negara Islam…saya minta pandangan dan minta jawapan..Dimanakah Transkrip PAS dalam memorendumkah…dalam Pelembagaan PAS sendiri ada menyatan PAS nak melaksana Negara Islam??” Ir Nizar Jamaludin

"Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka


."PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

Hari ini penyokong PAS tidak akan berpeluang lagi mendegar kata-kata ini: ”hak cacang tak dang duk lagi dah jadi kafir, hak duduk tak dang cacang dah jadi kafir, kita kata hak dalang al-Qurang, hak dalang hadith, dia laung belawok!”. Corak ceramah sebegini hanya tinggal dalam lipatan kenangan dan catitan sejarah PAS hari ini bersama DAP.

"Taat diwaktu senang dan susah. Mentaati dalam semua keadaan. Setuju kita taat dan tidak setuju pun kita taat. Apa sahaja arahan yang diberi oleh pemimpina” Awang Hadi.

Sebenarnya mereka lupa kata-kata Khalifah Omar Al-Khatab r.a dan Abu bakar as-Sidiq sendiri bahawa dia dipilih bukan lah kerana dia diantara orang yang terbaik dikalangan yang ada!!!..perbetullah aku sekiranya aku melakukan kesilapan….

Tetapi sikap sebaliknya dimiliki oleh pemimpin yang ber DAKI kan Islam menjuari hal-hal mencipta segala amanat “DAJAL” …setuju atau tidak pengikut perlu taat..

Hebatkah ilmu kepimpinan talibarut ini berbanding Khalifah Omar dan Abu Bakar ?

Allhuakbar !!

Setelah dihadapkan dengan kandungan Amanat Haji Nakhaei [Sewaktu bersama PAS], rakyat tentunya menjadi begitu keliru, bagaimana mungkin seorang pemimpin yang telah menghukum UMNO sebagai sebuah partai yang syirik kini telah memasuki partai yang dikatakannya syirik itu?

“Tidak semestinya PAS laksanakan HUDUD.……

….misi utama kita untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya.”

http://exception2008.blogspot.com/2010/09/pas-takkan-laksanakan-hudud.html

“Sebelum memerintah kita selalu canang kita akan laksanakan islam dalam segenap bidang. Kita bagi contoh Madinah yang rakyatnya majmuk berjaya melaksanakan islam. Kita tegaskan kita mesti memegakkan maaruf dan menghapuskan mungkar. Hari ini rakyat,khususnya ahli PAS hendak melihat benda ini berjalan. Setakat ini rata-rata ahli PAS belum Nampak dengan jelas akan hal ini. ( PAS KAWASAN JERLUN )



"Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." –
Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk dibawah pemerintahan Islam. Tetapi kita disuruh hanya berlaku 'adil dalam hal menjaga kebajikan mereka. Dalam soal ketuhanan, tidak timbul soal ke'adilan.Zul Nordin

“Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang pada 21 November 1984 berhubung Amanat Haji Hadi. Pada 3 Disember pula majlis itu membuat keputusan bahawa [AMANAT] tersebut bercanggah dengan ajaran Islam yang dibawa kepada Majlis Raja-Raja dan diluluskan.”


'”Amanat Hadi' . Beliau telah lupa bahawa Pas pernah [melaknat] serta mengeluarkan tafsiran sendiri mengenai betapa [HARAM]nya parti orang Islam bersekongkol dengan parti orang kafir.”-
“Aku dipilih menjadi ketua bukan bererti aku kalangan orang yang terbaik diantara kamu”…jika aku betul berilah pertolongan pada,jika aku melaku kesilapan perbetulkan lah aku”- Khaifah Umar Al-Khattab.

.“Sekiranya ada keuntungan yang hampir dan perjalanan yang dekat, niscaya mereka akan mengikut engkau (Ya Rasulullah)..,

Tetapi jika dirasakan jauh bagi mereka perjalanan yang sukar itu..
Nanti mereka akan bersumpah dengan nama Allah “sekiranya kami termampu, sudah tentu kami keluar bersamamu”.

Mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahuii tentang sesungguhnya mereka adalah golongan pendusta”

Ayat 32 dari Surah at-Taubah yang menunjukkan sikap orang-orang munafiq .


NASIHAT:

"Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri." (Syeikh Abdullah Fahim ibni Tuanku Nai Long Ibrahim @ Keramat Tok Perang) Teks Bahrus Shofa

Komentar :

ada 0 comments ke “Percayalah…….PAS ITU PARTI PUTAQ BELIT.....kah..kah..kah...”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.