Tuesday, October 26, 2010

“AYAQ MATA KATA PURU DI GALAS” ….kah..kah..kah..


Semperna PRK DUN Galas GMC dedah seluruh Komen dari Usul PAS Kawasan di Kedah Belanda agar dapat membuka minda Umat Islam siapa puak2 PAS yang ber DAKI kan Agama menipu kita…


Ambilah iktibar dari pendedahan ini….wahai umat melayu Islam yang kini tertipu Dan terpedaya dengan putaq belit politik sekutu kapiaq harbi hari ini…

TERUTAMA PENGUNDI-PENGUNDI ISLAM DI GALAS.


Allahuakbar !! Allahuakbar !! Allahuakbar !!

Ada saja pilihan Raya….Rutin Pok Nik macam besa …Cuma Pok Nik kena pilih Style mana pula dia nak Nagis…

Nagis pun kena ada gaya…jika tidak orang tak pecaya…sekadar buang air mata katak puru saja…kata orang YAN di Kedah Belanda.

Di Galas Pok Nik Nagis lagiiiiiii kali ni tak tau pasainya... yang sah..! pasai ada pilihan Raya…

Kah..kah..kahh

Cuma Tafsiran masing2 mungkin berbeza mengapa Pok Nik Menagis macam biasa..bila ada pilihan raya..

Apa yang sedihnya POK NIK nagis dalam sistem pemilihan ala yahudi tu...kononnya ,GMC pun tak tahu !!!

Pada pandangan dan pendapat GMC setelah mengambil kita ramalan BOMOH SIMPANG KOLA Klinik, untuk rumah Tangga puak-puak PAS Kedah yang bermasaalah rumah tanga..

Ada yang tulis pendapat …Sebab Pok Nik Ulama Terompah menagis atas sebab... Sedih!....

kah..kah...kahhhhhhhh

“sedih kerana masih ada umat Islam di Negeri Kelantan yang mahu menentang dasar Islam yang dibawa oleh PAS”


http://wfauzdin.blogspot.com/2010/10/penamaan-calon-dun-galas-mengapa-tok.html

YANG PELIKNYA.....

DiKedah Pok Nik tak sedih dan nagis pula…walaupun umat islam dari suku sakat PAS sendiri dibawah naungan fatwa Politik Dajalnya melakukan kemungkaran.

Ada Ulama dan para Cendia haiwan PAS menolak hukum Allah ta’alla dengan alasan orang Kapiaq Harbi [DAP]menyokong Politik Dajal mereka hari ini?

Di Kedah Pok Nik tak Sedih ka...hukum Haram Arak dan judi di tolak macam tu saja...?

Di Kedah Pok Nik tak Sedih ka..Sek Agama PAS dipotong bekalan ayaq nya..?

Di Kedah POK NIK tak Sedih ka....ulamak ulaq ayaq PAS menipu rakyat jelata...

Di Kedah Pok Nik tak Sedih ka...kaum keluarga mangsa Memali tidak mendapat perhatian apa-apa selain AMANAT GILA ?

Di Kedah Pok Nik tak Sedih ka...Karaoke bermula dari subuh bertemu senja bersambung pula subuh esoknya..

Di Kedah Pok Nik tak nak nagis ka...Pemimpin PAS menipu dan memutaq belit rakyat jelata..?

Di Kedah Pok NIk tak Sedih ka...bila Puak-puak PAS sesama sendiri berebut jawatan bagai Hyeena merebut bangkai punya kemarok nak berkuasa?

Di Kedah Pok Nik tak nak nagis ka…dengan sikap Hyeena2 PAS yang lebih penting jawatan dari hukum Allah Ta’alla.


Persoalannya mengapa Pok Nik nagis diwaktu pilihan Raya saja?…

Pok Nik tak sedih ka bila Umat Islam penyokong PAS sendiri di aniaya oleh puak-puak suku sakat Kapiaq Harbi{PAS} sendiri di Kedah La nei…


Cuba POK NIK dan suku sakat PAS baca apa kelohan puak-puak yang teraniaya dan ditipu serta di pedaya oleh cendia haiwan mereka di Kedah Belanda…

Dibawah ini bukan kelohan dan komen datang dari puak2 yang bermusuh dengan POK NIK…tapi kelohan dan rintihan ini mai dari suku sakat PAS sendiri di Kedah Belanda…

Elok POK NIK kena nagis juga atas kebiadap dan kurang ajaqnya puak2 yang berdakikan Islam di Kedah Belanda..jangan kira dok menagis di celah kangkang sendiri saja…


Bukankah Islam itu…untuk semua umatnya bukan untuk Kelantan Darul Budhanya saja…dan Kedah dengan Darul Belandanya…masing-masing dengan gaya masing2 dalam hal undi nak pula PAS berkongsi dengan Kapiaq Harbi dalam Soal Hukum....tak campur hukum di sana dan hukum disini.Janji uncang perut anak bini selamat untuk diri dan kroni.

PAS ITU MUNAFIK..!!!.MUNAFIK ITU ..!! SEBENAR2NYA PEMIMPIN PAS YANG BERLIDAH BEWAK HARI INI/

Sumber Penuh Dari Usul PAS Kawasan:

USUL-USUL PAS KAWASAN

SUARA LUJNAH PAS.

AGAMA

1. Ahli-ahli sangat mengharapkan aktiviti amar maaruf nahi mungkar disusun dari peringkat negeri ke kawasan-kawasan segera mungkin dan perlu di perbanyak,diperhebatkan. Kita bimbang kemurkaan Allah bila diberi kuasa tidak melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar, Allah akan turun bala pada kita.

Contoh :

Diwujudkan squad sukarelawan pencecah maksiat diperingkat daerah.Squad sukarelawan ini perlu diberi kursus dan latihan untuk kerja-kerja yang mantap dan berkesan.
Laporan-laporan di dapati di pekan-pekan besar,maksiat dari golongan muda buruk,bukannya berkurangan mungkin tidak ada penguatkuasaan yang berkesan.

Kempen solat,kempen menutup aurat dengan cara dan jaya yng menarik dan penuh hikmah perlu dirancangkan.
( DMPKP/DMPNK )

2. Oleh kerana memerintah negeri merupakan satu masuliah yang berat yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T dan rkyat /ahli ingin melihat pembaharuan dalam pemerintahan secara islam dan perubahan-perubahan positif.Menteri Besar, Exco sebenarnya terdedah pada terlalu bnyak kriticsim berpunca daripada kekurangan dan kelemahan yang berkemungkinan disebabkan tidak ada impart system yang berkesan dan kurang pengalaman dalam pentadbiran.

Rata-rata ahli menyebut kerajan tidak pandai memerintah,slow sangat. Ahli merasa resah dan tidak faham apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan . E xco, pemimpin-pemimpin negeri perlu lebih berlapang dada menerima muhasabah-muhasabah kerana ada pemimpin yang melenting menghentak ahli yang cadangan positif dan teguran membina.

Exco yang dilantik dah mula mengenepikan rakan-rakan yang telah ama-sama berjuang dulu dan memperlihatkan tindakan-tindakan tidak mahu syura ( berbincang dengan rakan-rakan ahli terus membuat tindakan ). Ini sangat membahayakan masa depan parti dan imej islam.

Ingin kita mencadangkan supaya perkara seperti diatas tidak terus berlaku dan pemerintah dilihat lebih telus dan diyakini – Diwujudkan Majlis Syura Negeri yang terdiri dari ulama dan golongan individu yang terpilih berdasarkan kepakaran di berbagai bidang dan ketaqwaannya.

Majlis Syura Negeri akan berperanan memberi nasihat dan teguran dan juga memantau semua Exco PAS yang di tugaskan.
Dengan wujudnya majlis Syura Negeri akan lahirlah

a) Negeri dibawah kepimpinan ulamak
b) Parti mengusai kerajaan
c) Konsep amal jamal dan syura dapat disuburkan yang akan membawa keberkatan dalam pemerintahan.
Ahli teras dari Dewan Ulama Dewan Pemuda Dewan Muslimat merupakan asset yang sangat penting bagi menentukan kelangsungan perjuanagan Parti.
Tapi hakikatnya setelah PAS menang di Kedah ramai Ahli Terasa terpinggir kecewa cadangan dan teguran mereka kurang diambil perhatian dan mereka kurang dan tak dilihat dalam banyak program.
Dicadangkan di jemput Ahli-ahli Teras dalam branstorming hala tuju PAS atau Negeri Kedah agar mereka berasa kebersamaan dan dapat mencurahkan idea-idea mereka. Barulah lahir kesungguhan dan merekalah yang akan mempertahankan dan menyelamatkan Parti. Tapi kalau dibiarkan ahli teras terus kecewa siapa lagi yang diharapkan untuk membantu mempertahankan parti…..dan perjuangan ini.
( DMPKP/DMPNK )
3) Cadangan : Suasana Islamik di Wisma Darul Aman perlu dipertingkatkan dan di mantapkan. Semua warga Wisma perlu di tarbiyah dan di beri kursus agar dapat mencerminkan akhlak dan budaya kerja yang baik.
( DMPKP/DMPNK )

4) Wujudkan tempat solat berjemaah untuk pekerja disemua peringkat mulakan kerja di Wisma dengan tazkirah ( PA System ) dan tafsir Al-Quran atau bacaan Al-quran atau doa.
( DMPKP/DMPNK)

5) Rata-rata rakyat tertunggu-tunggu nak melihat dasar kerajaan pimpinan PAS, janji dalam manifesto pilihanraya dilaksanakan atau tidak. Rakyat belum Nampak, kata mereka apa yang kita nampak keadaan yang lebih teruk.

Mereka rasa kerajaan sekarang lemah membuat UMNO dalam zon selesa. UMNO gembira kerana tak ada tindakan drastic.Mereka masih mampu berkuasa mereka memuji-muji pimpinan lama itulah yang dilihat oleh rakyat.



Cadangan :

Diadakan blue print Kerajaan Negeri Kedah yang menjelaskan hala tuju kerajaan misi,visi dan pelan tindakan yang realistic dipantau,diperkasakan.

Tiap-tiap Exco dicadangkan ada satu team penasihat terdiri dari individu yang komited dalam jemaah untuk mempastikan tanggungjawab dilaksanakan dengan optimum.

Kekurangan dapat diatasi dengan segera dan terbaik mengawasi Exco daripada penyelewangan dalam aspek akhlak dan perbelanjaan. Kata Saidina Umar yang bermaksud:
“ Hisaplah dirimu sebelum lamu di hisapkan oleh Allah S.W.T”

Jangan terlalu leka dengan pujian dari UMNO kerana ini akan melekakan cukuplah pujian member mahasabah pada kita.Jangan lah terlalu lambat nak buat AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR takut akan datang halangan demi halangan.

( DMPKP/DMPNK )

6) Apakah tindakan untuk membuktikan kesungguhan pihak kerajaan memperkenalkan dasar Islam memandangkan :
a) Gagal mengawal peniaga makanan muslim yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjual makanan pada siang hari sebelum jam 3 petang.
b) Gagal membuat perubahan untuk menangani masalah social seperti aktiviti pelacuran.pondan,berkhalwat di tempat awam.
c) Gagal mengawal pusat hiburan yang beroperasi hingga lewat pagi.
d) Gagal mengawal pusat perjudian seperti kedai ekor haram,permainan berkomputer yang semakin banyak sekarang.
e) Gagal menangani isu karaoke kampong yang makin berleluasa.
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

7) Berapa kalikah mesyuarat Ahli Majlis Agama Islam Kedah diadakan selepas Pakatan Rakyat berkuasa memandangkan terdapat banyak perkara tidak dapat di selesaikan ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )
8) Mencadangkan semua pasar raya besar seperti TESCO,PACIFIC & GIANT mengumumkan masuknya waktu sembahyang ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

9) Dicadangkan agar tumpuan diberikan kepada aspek pembangunan insan dan perkembangan lslam ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

10) Mengapakah masih terdapat program-program berunsur maksiat khususnya program rasmi kerajaan negeri seperti nyanyian dan sebagainya ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

11) Apakah tindakan kerajaan bercadang untuk mewajibkan seluruh kakitangan awam beragama islam yang berkhidmat di negeri Kedah menutup aurat dengan sempurna ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

12) Adakah pihak-pihak kerajaan mempunyai “ think tank “ dalam memikir dan merealisasikan nilai- nilai islam sebagai panduan hidup ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

13) Apakah relavan bagi pihak Menteri Besar menghadiri majlis keagamaan seperti sambutan Deepavali kerana ia menyentuh soal akidah ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

14) Bilakah institusi Imam ( Maahad Imamah ) akan ditubuhkan ?
( PAS KAWASAN KUALAKEDAH )

15) Bagaimanakah kerajaan menerapkan konsep Ubudiyyah,Masuliyyah & Itqan kepada seluruh kakitangan kerajaan di negeri Kedah ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

16) Apakah pandangan kerajaan terhadap penajaan syarikat judi seperti Genting seperti yang tertera pada tiket bola ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

17).PAS memerintah Kedah dengan izin Allah. Sebelum memerintah kita selalu canang kita akan laksanakan islam dalam segenap bidang. Kita bagi contoh Madinah yang rakyatnya majmuk berjaya melaksanakan islam. Kita tegaskan kita mesti memegakkan maaruf dan menghapuskan mungkar. Hari ini rakyat,khususnya ahli PAS hendak melihat benda ini berjalan. Setakat ini rata-rata ahli PAS belum Nampak dengan jelas akan hal ini. Dicadangkan kerajaan bentangkan perancangan atau kerangka masa (time frame ) kearah melaksanakan cita-cita tersebut dan disebarkan seluas mungkin.
( PAS KAWASAN JERLUN )

18) Dalam masa terdekat dicadangkan kerajaan naikkan papan-papan tanda adab berpakaian menutup aurat orang islam dan berpakaian sopan bagi bukan islam di tempat-tempat yang strategic. Begitu juga mewajibkan dengan segera kakitangan kerajaan,kakitangan badan berkanun dan kakitangan GLC berpakaian memutup aurat dan sopan. Isteri-isteri pimpinan perlu menunjukkan contoh berpakaian menutup aurat yang sempurna.

19) Apakah perancangan dan tindakan yang telah diambil untuk mengurang dan menghapuskan pusat-pusat perjidian,minuman keras dan pelacuran ?
( PAS KAWASAN JERLUN )

20) Apakah perubahan-perubahan mengenai islam yang telah dilakukan oleh kerajaan sepanjang 7 bulan memerintah ?...

[nota]: kini pemerintahan PAS di Kedah sudah menjagkau 3 tahun? Sudah 2 kali Umat Melayu menyambut Aidilfitri Hasil perjuangan pemimpin berlidah bewak tersebut tidak ada bezanya dengan UMNO yang kononnya Thoghut malah pemerintahan mereka lebih jijik dari UMNO dengan sikap bohong dan menipu rakyat berserta dengan hati yang busuk:
Beginilah sikap biadap dan kurang ajar mereka terhadap janji-janji mereka baik pada Allah swt maupun pada penyokong-penyonkong mereka sebelum berkuasa.Setelah mereka diberi kuasa oleh Allah swt lidah, serta hati mereka bertukar menjadi haiwan yang bijak bermuka-muka.
“Kita tak boleh sekat mereka beroperasi, kenalah hormati rakan bangsa lain. Cuma kita boleh bagi pandangan dan nasihat, minta kurangkan operasi. Sepanjang Ramadan, mungkin pelanggan Islam tidak jejak ke sana, sekaligus mengurangkan aktiviti hiburan. Berbanding bukan Islam, hiburan tidak terhad pada bulan-bulan tertentu,” lidah bewak
http://www.sinarharian.com.my/utr/content/story8049105.asp

( PAS KAWASAN JERLUN )

21) Seboleh mungkin kita kena kuasai Jabatan Agama Islam dan Jabatan Zakat. Kita kena gunakan sepenuhnya kekuasaan dan keupayaan mereka untuk laksanakan Islam sepenuhnya. Kena atur sehingga pemimpin/pendakwah/NGO kita boleh menguasai masjid untuk menyebarkan Islam melalui khutbah,kuliah,kursus atau seumpamanya.
( PAS KAWASAN JERLUN )

Selepas 7 bulan PAS memerintah, nampaknya perlaksanaan Islam,khususnya NAHI MUNGKAR masih gagal untuk dilaksanakanoleh kerajaan negeri. Berikut adalah antara kepincangan yang dapat dilihat:
a) Tidak nampak apa-apa tindakan ( sekurang-kurangnya langkah awal dan berfasa ) untuk mengharamkan arak dan judi.

b) Tiada enekmen yang jelas berhubung hiburan,atau garis panduan berhubung halal haram dalam persembahan.


c) Tiada tindakan terhadap kelab hiburan yang beroperasi sehingga melebihi waktu ditentukan.

d) Tiada peraturan berhubung pengiklanan,sehinggakan iklan tidak menutup aurat bebas dipaparkan.


e) Tiada peraturan berhubung etika berpakaian , sekurang-kurangnya untuk umat islam sahaja.


f) Tidak ada usaha langsung untuk merobohkan pusat pelacuran dan kegiatan pondan di Tanjung Bendahara. Salah satu tempat yang jadi tapak kegiatan maksiat tersebut adalah tanah wakaf Majlis Agama Islam.

g) Tiada langkah berkesan untuk bertindak terhadap pihak yang tidak menghormati bulan Ramadan di mana mereka bebas untuk berniaga sejak awal pagi.


h) Tiada langkah berkesan untuk menghapugkan aktiviti muqaddimah zina di tempat-tempat berleluasanyanya kegiatan tersebut.

i) Arak dijial dan di mimun dengan bebas di Langkawi Permata Kedah,sehingga Langkawi kelihatan hilang identiti Islamnya sedangkan Kedah diperintah oleh parti yang memperjuangkan islam.


j) Dalam manifesto pilihanraya PAS janji untuk wajudkan Pusat Latihan Imam di Masjid Zahir. Apabila KDYMM Tuanku Sultan dikatakan tidak memperkenankan dibuat di masjid tersebut,pihak kerajaan membatalkan terus dan tidak pula bercadang untuk dibuat di tempat lain.

k) Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti tidak dapat diselaraskan untuk memperkukuhkan perlaksanaan Islam di negeri ini.

l) Kekurangan tenaga kerja di Jabatan Agama Islam,terutama Bahagian Penguatkuasaan menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

m) Jabatan Agama Islam tidak diketui oleh orang mempunyai fikrah islam yang jelas,sebaliknya oleh seorang bekas pegawai tadbir daerah yang dikaitkan dengan isu penyelewengan balak.

n) Tidak ada usaha yang jelas dan bersungguh-sungguh oleh Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam untuk memperkasakan peranan masjid selaras dengan dasar islam yang dibawa oleh PAS sebagai kerajaan yang memerintah.

o) Kakitangan Jabatan Agama Islam umumnya tidak menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan efisien sehingga dianggap sebagai jabatan kerajaan negari yang paling lembab.

p) Usaha dakwah tidak dilakukan dengan berkesan untuk seluruh anggota masyarakat,sebaliknya hanya bertumpu di masjid atau di kalangan orang yang sudah sempurna islamnya.

q) Tiada satu program khusus untuk pegawai tadbir dan kakitangan kerajaan berhubung penerapan islam yang sebenar.

r) Rakyat umumnya melihat bahawa tidak ada perbezaan dari aspek PERLAKSANAAN ISLAM diantara sewaktu PAS diperintah BN yang toghut dan PAS yang berjuang atas landasan islam.

Maka Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Alor Setar yang mengadakan program cambah fikiran pada 2 November 2008 DENGAN SEBULAT SUARA mencadangkan supaya:

a) Menteri Besar YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak yang memegang terlalu banyak potfolio (8 potfolio ) supaya melepaskan potfolio AGAMA dan menyerahkan potfolio tersebut kepada exco yang lain setelah beliau GAGAL untuk memperkasakan perlaksanaan Islam selaras dengan tuntutan perjuangan yang di bawa oleh PAS.

b) Excoyang menerima amanah terhadap potfolio AGAMA hendaklah menyusun,memperkemas dan memperkasakan Majlis Agama Islam,Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti supaya perlaksanaan islam yang sebenar dpat di buat.

c) Umat Islam di negeri ini tidak mahu melihat kerajaan negeri Kedah bertelagah menyalahkan pihak itu dan ini kerana kegagalan memperkasakan perlaksanaan islam sebaliknya hendaklah menggerakkan semua entiti secara bersepadu termasuk dengan jabatan-jabatan lain ( yang bukan berkaitan agama )

( PAS KAWASAN ALOR SETAR )

PENTADBIRAN
1) Benarkah YAB Menteri Besarbegitu mempercayai pegawai-pegawai tadbir kerajaan negeri sehingga semua pandangan mereka DITELAN BULAT-BULAT sementara pendapat dari orang PAS,sekalipun dari sebahagian exco kerajaan negeri DITOLAK MENTAH-MENTAH ?
( PAS KAWASAN ALOR SETAR )

2) Benarkah dakwaan bahawa terdapat KCS yang tidak menghormati keputusan kerajaan negeri, malah masih setia kepada UMNO dan berwalak kepad abekas Menteri Besar, sedangkan kepimpinan kerajaan PAS begitu mempercayai merek dan tiada perancangan langsung untuk membuat PERCATURAN POLITIK yang menguntungkan kerajaan PAS seperti penyusunan semula jawatan,dan sebagainya ?
( PAS KAWASAN ALOR SETAR )

3) Mengapa KFA tidak memecat Pengurus Bolasepak Kedah Dato Osman Aziz,sedangkan dia banyak lakukan penyelewengan ? waktu BN perintah dulu adakah mereka lantik orang PAS jadi pengurus bolasepak ?
( PAS KAWASAN ALOR SETAR )

4) Banyk keputusan kerajaan yang tidak dapat di buat dengan bebas,terutamanya isu perjawatan, kerana kononnya Tuanku Sultan tidak berkenan ? Adakah ungkapan ‘Tuanku tidak berkenan’sengaja dicipta oleh pihak tertentu untuk menipu kepimpinan kerajaan negeri ? Sampai bila alasan ‘tuanku tidak berkenan’ ini hendak digunakan ? Dimana kuasa kerajaan negeri yang dipilih olehn rakyat ?
( PAS KAWASAN ALOR SETAR )

5)Mencadang,diwujudkan Pasukan ( team ) yang khusus untuk memastikan unsur-unsur yang nak sabotaj pentadbiran negeri.
( DMPKP/DMPNK )

5) Apakah kaedah yang diambil supaya agihan zakat dapat dibuat dengan lebih adil dan berkesan,memandangkan ketika ini banyak rungutan mengenainya. Antara sebab perkara ini berlaku didapati pimpinan masyarakat dari kalangan UMNO masih menjadi saluran menentukan penerima zakat dan mereka terkenal bersikap kroni ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

6) Apakah bentuk tindakan kerajaan selain menghebahkan untuk pengetahuan masyarakat dalam menangani gejala rasuah dan nepotisme ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

7) Bilakah kerajaan negeri akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

8) Apakah langkah-langkah untuk memperkasakan MKK dan Penghulu ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

9) Bagaimana tindakan kerajaan khususnya PBT dalam menangani isu penjaja-penjaja kecil di kaki lima jalan kerana banyak kes dilaporkan tindakan penguatkuasaan PBT menyita premis mereka terlalu keras dan tidak berhemah sehingga menutup pintu rezeki para peniaga terbabit ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

10 ) Seboleh mungkin perlantikkan untuk mengisi kekosongan jawatan ketua-ketua jabatan,pegawai-pegawai kanan atau orang-orang penting kerajaan hendaklah diutamakan kepada yang cenderung kepada PAS. Anjing anjing UMNO kena disempitkan peranan mereka agar tidak menjadi duri dalam daging kepada kerajaan. Memanglah sifat anjing – selain daripada najis berat, kalau tidak dimakan najis pun, diciummya juga.
( PAS KAWASAN JERLUN )

11 Adakah kerajaan bercadang mewujudkan jawatan Penyelia DUN bagi DUN yang tidak di menangi oleh Pakatan Rakyat.?
( PAS KAWASAN JERLUN )

12 Adakah kerajaan bercadang menyelia dan memberikan peruntukkan bulanan kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat/Pusat Khidmat DUN ( yang kalah ),khususnya untuk pembiayaan penyenggaraan dan elaun kakitangan ?
( PAS KAWASAN JERLUN )

13 Dewan orang ramai yang di bawah penguasaan kerajaan negeri hendaklah ditadbir dan dimakmurkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Penghulu atau ketua kampong perlu di beri kuasa dan peranan khusus untuk tujuan itu.
( PAS KAWASAN JERLUN )

14 Apakah tindakan yang diambil terhadap pegawai kerajaan yang bersikap ‘double standart’ terhadap kerajaan PAS Kedah.
( PAS KAWASAN PADANG TERAP )

15 Sewaktu di bawah kerajaan BN dulu,setiap kali MB turun kawasan,semua Ketua dan AJK UMNO Bahagian di jemput secara rasmi. Bahkan pegawai kerajaan pun hormat mereka ( UMNO ). Tetapi sekarang, apabila PAS perintah,YDP PAS Kawasan pun mereka tidak jemput untuk hadir program Majlis Daerah dan kerajaan negeri. Apakah tindakan yang harus di ambil terhadap pegawai kerajaan yang tidak hormat kepada PAS sebagai parti yang memerintah ?
( PAS KAWASAN PADANG TERAP )

16 Menteri Besar dikatakan cengih/garang dengan pegawai-pegawai lantikkan politik tetapi tidak dengan ketua-ketua jabatan atau pegawai-pegawai kanak kerajaan walaupun banyak kelemahan yang mereka buat.
( PAS KAWASAN JERLUN )

17 Menteri Besar dan EXCO-EXCO sering beri alasan yang kelihatan seperti hendak melepas diri.Sikit-sikit ‘hendak ambil hati’. ‘Itu kehendak/urusan sultan’ dan seumpamanya. Sampai bila nak jadi macma ni ?
( PAS KAWASAN JERLUN )

18 Telefon EXCO lima enam kali tak diangkat-angkat. Bila angkat pula jawapannya ‘saya sibuk’ atau ‘saya tengah meeting’.Dari nada suara jawab macam tak berapa suka atau macam penelefon mengacau saja.
( PAS KAWASAN JERLUN )


19 Dengar kata MB dan EXCO makin rajin main golf dengan sultan. Sultan yang seorang sangat dilayan,rakyat yang ramai nak jumpa pun susah !
( PAS KAWASAN JERLUN )

20 Ada pemimpin yang keluarkan kenyataan mengelirukan dan boleh menjejaskan imej kerajaan. Contohnya,pegawai khas MB kata kerajaan sudah berjaya kurangkan hutang lebih RM1 Bilion dalam masa 7 bulan. Setiap kenyataan hendaklah dinyatakan dengan data dan fakta yang sahih.
( PAS KAWASAN JERLUN )


PENDIDIKAN

1) Benarkah Exco Pendidikan tidak memperdulikan rungutan berhubung kekurangan kemudahan asas dan kerosakkan peralatan yang berlaku di Maktab Mahmud,terutama Maktab Mahmud Daerah ?
( PAS KAWASAN ALOR SETAR )

2) Benarkah pentadbiran Maktab Mahmud DIGANGGU oleh setiausaha Maktab Mahmud, jawatan KCS yang diwujudka seolah-olah mengambil alih tugasan pengetua ?
( PAS KAWASAN ALOR SETAR )

3) Kerajaan BN dulu wujudkan kuota kemasukkan ke Maktab Mahmud bagi beri peluang pelajar sekolah kebangsaan memasukinya,walaupun mereka tiada asas pendidikan agama berbanding pelajar dari Sekolah Rendah Islam ( SRI ).
4) Adakah dasar jahat BN untuk sekat kejayaan pelajar dari SRI itu diteruskan lagi sekarang ?
( PAS KAWASAN ALOR SETAR )

KEBAJIKAN

1) Bilakah isu longgokkan sampah yang tidak dikutip dalam kawasan MBAS hendak diselesaikan ? ( Nota : Rakyat tidak mahu lagi mendengar alasan yang berbelit- belit menyalahkan pihak itu dan ini tetapi rakyat hanya mahu MELIHAT sampah dikutip dengan segera dan kerap ! )
( PAS KAWASAN ALOR SETAR )

2) Ucapan dan kenyataan media Menteri Besar dan EXCO-EXCO banyak dilaporkan oleh akhbar/TV arus perdana berkisar kepada isu ekonomi. Rakyat di kampong sebenarnya menunggu berita yang berkaitan dengan kebajikan mereka. Mereka nak dengar dan Nampak pemberian bantuan kepada fakir miskin,ibu tunggal,anak yatim,baiki jalan-jalan kampong,baiki surau dan seumpamanya.
GMC -Nota: 50 juta peruntukkan fedral untuk jalan kemana wang tersebut dilabur hari ini?
( PAS KAWASAN JERLUN )

3) Bagaimanakah kerajaan khususnya PBTmenangani masalah sampah yang tiada kesudahannya ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

4) Apakah tindakan kerajaan untuk membantu guru-guru KAFA yang tidak menerima elaun mengajar pada bulan November dan Disember memandangkan pada ketika itu sekolah sedang bercuti ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

5) Bilakah kerajaan akan melunaskan janji untuk mengurus dan menyelaras kebajikan guru-guru agama seperti SAR/KAFA/Guru Al-Quran Kampong &Fardhu Ain persendirian ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

6) Bilakah perlaksanaan pinjaman tanpa riba untuk belia-belia yang ingin melangsungkan perkahwinan hendak diadakan seperti yang terdapat dalam manifesto pilihanraya ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

7) Bilakah skimTakaful Kifalah akan dilaksanakan di Kedah ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

8) Adakah Biro Pennaduan Awam Peringkat kerajaan negeri berfungsi dengan baik ? Dan apakah bentuk tindakan susulan yang diambil oleh kerajaan dalam memastikan setiap aduan rakyat diterima,dianalisis dan diambil tindakan ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )


POLITIK

1) Adakah kerajaan telah menyediakan kerangka masa ( time frame ) 2008-2012 untuk melaksanakan 115 janji yang terdapat di dalam manifesto PRU 12? Kalau sudah ada tolong hebahkan kepada rakyat. Kalau belum ada,bila hendak disediakan ? Kalau tidak perlu sedia,kenapa ?
( PAS KAWASAN JERLUN )

2) Adakah kerajaan sedar bahawa polisi kuota perumahan 50% telah menyebabkan tentangan dan kemarahan masyarakat cina terhadap kerajaan PAS ? Adakah kerajaan sedar bahawa polisi yang di buat itu TERLALU GOPOH,sedangkan terdapat banyak mekanisme lain yang boleh dibuat untuk mempertahankan survival Melayu/Islam dalam isu perumahan ini tanpa menyentuh sensitiviti orang cina secara direct ?
( PAS KAWASAN ALOR SETAR )

3) Apabila ada pihak mendesak supaya diharamkan judi,Menteri Besar memberi alasan perlu ambil kira kaum lain,maksudnya ‘undi mereka adalah penentu dan penting dalam memenangkan PAS.Tapi dalam isu kuota perumahan yang menimbulkan kemarahan seluruh kaum cina ( termasuk dari DAP ),mengapa sensitiviti kaum cina tidk di ambil kira ? Adakah PAS bersedia untuk kalah dalam pilihanraya umum akan datang,demi mempertahankan kuota perumahan ? Jika PAS kalah akibat isu kuota perumahan,bagaimana pula agaknya sebagai pembangkang pada waktu itu,PAS akan terus pertahankan hak melayu ?
( PAS KAWASAN ALOR SETAR )

4) Apakah bentuk-bentuk bantuan yang telah disalurkan dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memperkasakan jentera parti kerana jentera parti agak lemah ketika ini manakala sumber kewangannya pula agak terhad memandangkan program-program yang dibuat tidak membantu dalam menambah dana parti ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

5) Sejauh manakah kejayaan melaksanakan manifesto pilihanraya Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua direalisasikan oleh kerajaan kepada rakyat kerana yang jelas pada ketika ini rakyat mula menghidu kelemahan kerajaan negeri yang dilihat tidak dapat membuat sebarang perubahan sehingga ini. Rungutan ketara bahawa tiada perbezaan di antara kerajaan dahulu dan sekarang.
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

6) Adakah kerajaan negeri hanya berdiam diri dn tidak mahu mencetuskan kontroversi terhadap siaran Kedah FM yang lebih cenderung menyiarkan propaganda Barisan Nasional ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )


7) Diharpakan agar setiap pemimpin yang terlibatkan dengan kerajaan dapat berperanan dengan lebih berkesan dalam mentadbir organisasi kerajaan tanpa mengabaikan tugasan dalam parti PAS.
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )


TENDER

1) Dibawah kerajaan BN dulu semua tender kerajaan hanyadiagihkan kepada kontraktor UMNO sahaja. Dari aspek kepentingan politik UMNO tindakan mereka adalah betul kerana :

a) Mengkayakan aktivis UMNO dan UMNO itu sendiri
b) Para peniaga lebih senang berada bersama UMNO
c) Kontraktor PAS tertekan sehingga ada yang keluar PAS masuk UMNO
d) Peniaga yang ada kepentingan dengan projek,takut hampiri PAS
Mengapa kerajaan PAS sekarang tidak mengambil langkah yang sama,demi untuk survival politik jangka panjang ?

( PAS KAWASAN ALOR SETAR )


PENERANGAN

1) Mewujudkan networking penerangan Negeri Kedah yang lebih mantap melalui
a) Website,blog yang leih berfungsi,up to date,mempunyai target dan perancangan dan aktif
b) Mewujudkan pejabat penerangan Negeri Kedah di peringkat daerah
c) Mempelbagaikan keluaran-keluaran makalah-makalah selain warta semua ini perlu diwujudkan supaya mesej islam yang merupakan matlamat utama parti dapat sampai ke semua peringkat. Begitu juga berita-berita dan maklumat-maklumat negeri mampu disebar luaskan dengan berkesan.
Warta perlu disebarkan di masjid-masjid dan di sekolah-sekolah.

( DMPKP/DMPNK )

2) Mohon penjelasan mengenai kemajuan yang dibuat oleh kerajaan negeri sehingga kini. Rakyat ingin tahu sejauh mana kah usaha yang telah dibuat.
( PAS KAWASAN PADANG TERAP )

3) Program penerangan hendaklah disusun dan dilaksanakan dengan banyak dan pelbagai. Aktiviti ceramah perlu diperbanyakkan. Masyarakat kampong khususnya tidak mendapat perkembangan/perjalanan kerajaan negeri dengan tepat. Sebahagian besar masih bergantung pada TV. Membaca bukan menjadi budaya orang kampong,khususnya melayu. Mereka lebih mudah fahamdengan dengar dan lihat. Warta Darul Aman tidak begitu berkesan untuk masyarakat kampong. Dicadangkan :

a) Adakan wayang pacak menggunakan teknologi terkini.
b) Anjurkan karnivl penerangan ala Jom Heboh.
c) Gunakan institusi penghulu dan ketua kampong atur program penerangan dengan peruntukkan/bantuan tertentu.
d) Khutbah Jumaat lebih berorientasikan kerajaan negeri khususnya berkaitan dengan urusan agama/akhirat
e) Risalah/brosur/pamplet bergambar/warna-warni.

( PAS KAWASAN JERLUN )

4) Memperkasa penerangan kepada agar seluruh lapisan masyarakat mendapat maklumat berkenaan dasar-dasar dan kemajuan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

TANAH

1) Selesaikan masalah “Lot Lidi “ kerana ramai yang beli lot lidi dari golongan pendapatan rendah dicadangkan kerajaan buat bersempadanan semula lot lidi.
( DMPKP/DMPNK )
2) Adakah benar kelulusan telah diberi untuk penambakkan laut di Kuala Kedah bagi menyediakan padang golf ? Kalau benar adakah di luluskan oleh kerajaan sekarang atau kerjaan dahulu.
( PAS KAWASAN JERLUN )

WANITA
1) Soalan : Kenpa setakat ini tidak ada seorang pun muslimat diserap ke mana-mana Organisasi di peringkat Kerajaan PAS berbanding dengan muslimin. Dicadangkan memberi salah satu jawatan kepada muslimat WUJUDKAN URUSETIA PEMBANGUNAN WANITA – untuk membantu Exco pembangunan wanita
( DMPKP/DMPNK )

EKONOM

1) Apakah polisi dan strategi kerajaan untuk memajukan sosio ekonomi rakyat dengan slogan beri pancing bukan ikan bagi mengikis budaya meminta/subsidi ?
( PAS KAWASAN JERLUN )

2) Sejauh manakah perancangan dan kejayaan yang telah dibuat/dicapai dalam usaha menjadikan Kedah sebagai Belanda Malaysia ?
( PAS KAWASAN JERLUN )

3) Sejauh manakah perancangan / kejayaan kerajaan dalam usaha membuka tanah-tanah untuk kawasan tanaman padi ?
( PAS KAWASAN JERLUN )

4) Setakat mana hubungan dua hala dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang lain khususnya dari aspek pembangunan ekonomi ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

5) Adakah kerjaan negeri memantau serta memastikan bantuan subsidi,baja dan racun ( input pertanian ) sampai kepada para peteni secara adil dan telus memandangkan bantuan tersebut diuruskan oleh MADA yang dikuasai pembangkang dari BN ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )



SOSIAL
1) Apakah peranan dan tindakan kerajaan dalam menangani penyalahgunaan daun ketum yang menjadi ancaman kepada anak-anak muda sekarang ?
( PAS KAWASAN JERLUN )

2) Sejauh manakah keprihatinan kerajaan untuk membina litar sukan permotoran bagi menangani permasalahan gejala mat rempit ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH ?

NGO

Adakah kerajaan berkerjasama dengan NGO-NGO dan kumpulan pakar dalam merangka dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan di Kedah ?
( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

MOGA-MOGA DENGAN PENDEDAHAN INI DAPAT MEMBERI GAMBARAN DAN MEMBUKA MINDA UMAT ISLAM MELAYU BAHAWA BENARKAH NIK AZIZ MENAGIS KERANA ISLAM….ATAU KERANA MASA DEPAN POLITIK SUKU SAKAT MEREKA..

Komentar :

ada 1
Anonymous said...
pada hari 

bila time nik aziz balun duit balak dan duit signboard gi aji, tak plak dia nangisss......

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.