Sunday, September 12, 2010

Kalau tidak perlu sedia,kenapa ? Kah..Kah..Kah..


Usul PAS Kawasan tentang isu-isu Politik semasa setelah PAS menguasai Kedah Belanda.

Dengan paluan gong dan canang bahawa mereka akan melaksana Islam disegenap bidang.

Akhirnya....

PAS tidak berhasrat menyekat aktiviti hiburan selama sebulan ini….!!!

“Kita tak boleh sekat mereka beroperasi, kenalah hormati rakan bangsa lain…!!

“Sepanjang Ramadan, mungkin pelanggan Islam tidak jejak ke sana…!!


“Kerajaan PAS memang berhasrat untuk mengurang dan menghapuskan perjudian dengan tidak meluluskan premis judi baru…..!!!!

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan –Kedah Belanda.

Kah..Kah..Kah..Cakap tak serupa bikin….Kah..Kah…Kah..


POLITIK.

1) Adakah kerajaan telah menyediakan kerangka masa ( time frame ) 2008-2012 untuk melaksanakan 115 janji yang terdapat di dalam manifesto PRU 12? Kalau sudah ada tolong hebahkan kepada rakyat. Kalau belum ada,bila hendak disediakan ? Kalau tidak perlu sedia,kenapa ?

( PAS KAWASAN JERLUN )

2) Adakah kerajaan sedar bahawa polisi kuota perumahan 50% telah menyebabkan tentangan dan kemarahan masyarakat cina terhadap kerajaan PAS ? Adakah kerajaan sedar bahawa polisi yang di buat itu TERLALU GOPOH,sedangkan terdapat banyak mekanisme lain yang boleh dibuat untuk mempertahankan survival Melayu/Islam dalam isu perumahan ini tanpa menyentuh sensitiviti orang cina secara direct ?

( PAS KAWASAN ALOR SETAR )


3) Apabila ada pihak mendesak supaya diharamkan judi,Menteri Besar memberi alasan perlu ambil kira kaum lain,maksudnya ‘undi mereka adalah penentu dan penting dalam memenangkan PAS.Tapi dalam isu kuota perumahan yang menimbulkan kemarahan seluruh kaum cina ( termasuk dari DAP ),mengapa sensitiviti kaum cina tidk di ambil kira ?

Adakah PAS bersedia untuk kalah dalam pilihanraya umum akan datang,demi mempertahankan kuota perumahan ? Jika PAS kalah akibat isu kuota perumahan,bagaimana pula agaknya sebagai pembangkang pada waktu itu,PAS akan terus pertahankan hak melayu ?

( PAS KAWASAN ALOR SETAR )

4) Apakah bentuk-bentuk bantuan yang telah disalurkan dan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam memperkasakan jentera parti kerana jentera parti agak lemah ketika ini manakala sumber kewangannya pula agak terhad memandangkan program-program yang dibuat tidak membantu dalam menambah dana parti ?

( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

5) Sejauh manakah kejayaan melaksanakan manifesto pilihanraya Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua direalisasikan oleh kerajaan kepada rakyat kerana yang jelas pada ketika ini rakyat mula menghidu kelemahan kerajaan negeri yang dilihat tidak dapat membuat sebarang perubahan sehingga ini.

Rungutan ketara bahawa tiada perbezaan di antara kerajaan dahulu dan sekarang.

( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

6) Adakah kerajaan negeri hanya berdiam diri dn tidak mahu mencetuskan kontroversi terhadap siaran Kedah FM yang lebih cenderung menyiarkan propaganda Barisan Nasional ?

( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )

7) Diharpakan agar setiap pemimpin yang terlibatkan dengan kerajaan dapat berperanan dengan lebih berkesan dalam mentadbir organisasi kerajaan tanpa mengabaikan tugasan dalam parti PAS.

( PAS KAWASAN KUALA KEDAH )


Renung,tenung dan fikir-fikirlah.....

Komentar :

ada 1
Anonymous said...
pada hari 

biaq pi la saper pun pas ker bn ker samajer..hang tok sah penat2 tulih blog ni...baik hang buat solat sunat banyak2 ade jugak pekdah ......

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.