Saturday, April 10, 2010

TEWAS DIHULU SELANGOR LEBIH BAIK DARI BN MENANG !!


Kemenangan BN/UMNO di hulu Selangor akan menyungkurkan lagi BN/UMNO dalam PRU13..

Jika dilihat dari segi persediaan dan kesedaran pemimpin UMNO/BN itu sendiri hari ini ,selepas dilanda tsunami dalam PRU12 tidak nampak lagi tanda-tanda BN/UMNO menuju kearah perubahan yang positif untuk memberi kesedaran pada rakyat kususnya pengudi-pengundi, baik di peringkat cawangan…bahagian…maupun di peringkat negeri.

Kebanyakkan pemimpin serta penyokong UMNO hari ini menjadikan perbalahan serta krisis Pakatan rakyat serta kegiatan lompat parti sebagai satu factor UMNO/BN sudah kembali pulih keyakinan rakyat…sedangkan usaha dan kesedaran UMNO/BN itu sendiri belum berganjak lagi dari titik asal mereka.

Rata-rata pemimpin BN,khususnya UMNO masih ditakuk lama …malah tsunami dalam PRU12 yang lalu tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada seluruh pemimpin UMNO dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat pada politik bangsa …
Boleh dikatakan usaha-usaha UMNO/BN kearah memberi kesedaran kepada rakyat masih tidak ujud lagi sejauh ini…melainkan perbalahan demi perbalahan yang belaku dalam politik kapiaq harbi hari ini yang lebih banyak memberi dan menyumbangkan kesedaran pada rakyat berbanding usaha yang patut dilakukan sendiri oleh UMNO/BN selepas dilanda tsunami…

Inilah hakikat dan landcap serta situasi UMNO/BN hari ini dalam menghadapi PRU13 yang tinggal tidak berapa hari lagi…berbanding usaha yang masih jauh lagi harus pemimpin UMNO/BN lalui untuk menhadapi arus kebangkitan pakatan kapiaq harbi..yang lebih bijak meniup api kemarahan rakyat terhadap politik bangsa …yang akhir-akhir ini sudah mampu dicucuk hidung oleh pemimpin pakatan rakyat….

Hari ini UMNO/BN masih mengekalkan landcap lama yang comot dan basi dihiasi dengan program-program syok sendiri sesame suku sakat sendiri..

Mereka lupa dan masih angkuh pada rakyat bawahan khususnya pada penyokong-penyokong pakatan kapiaq harbi yang telah meninggalkan perjuangan mereka hari ini dan masih tercari-cari siapa yang patut mereka kemudikan hari ini….

Sedarkah pemimpin UMNO/BN …dengan jumlah penyokong yang masih setia bersama mereka hari ini…. Ia satu jumlah yang masih belum cukup lagi untuk kalian terus bermimpi untuk kekal memerintah negeri….

Apa program yang telah pemimpin UMNo/Bn lakukan pada penyokong serta pengikut yang telah meninggalkan Parti selain melambung dan menjujung pemimpin mereka yang lari meninggalkan parti…

Apakah dengan sikap beberapa kerat pemimpin spesis ini mampu menyedarkan seluruh pengundi…dan sekelian penyokong yang sudah meninggalkan Parti mereka selama ini….

Jika pemimpin mereka yang melompat parti mungkin lebih selesa hidup dengan tindakkan mereka yang ditatang dan dijaga….apakah sekelian pengikut mereka juga turut merasai apa yang pemimpin mereka perolehi…??

Inilah satu usaha yang tidak pernah terlintas dikepala otak pemimpin mereka baik dicawangan,bahagian maupun negeri…malah tidak pernah dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN selama ini…malah usaha kearah mendekati mereka jauh sekali untuk dijadikan satu agenda parti untuk mendekati mereka selama ini .

Malah pemimpin UMNO merasa takut dan gentar untuk mendekati mereka apa lagi untuk memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk sama-sama memperkuatkan angkatan yang hampir lumpuh yang dipapah oleh mereka yang tidak berdaya lagi hari ini dengan sikap buruk dan cabuk diri mereka sendiri…….!!


Inilah sikap sebenar pemimpin UMNO/BN yang masih sedia ada hari ini…mereka lebih selesa bersama kelompok sendiri…menjunjung dan membodek bercakar dan mengigit sesame sendiri dari beruasaha untuk mengukuhkan parti bersama mereka yang meninggal parti lebih berwibawa dan jati diri…berbanding dengan segelintir pemimpin UMNO itu sendiri…yang masih setia mengintai peluang untuk tembolok sendiri…

Mereka lebih selesa,megah dan merasai kemenangan memihak kepada mereka bila ada saja kelompok yang meninggal parti kapiaq harbi hari ini…benarkah mereka yang meninggalkan parti hari ini terus akan berselimut dengan keangkuhan dan kesombongan UMNO/BN hari ini…????

Fikir-fikirlah wahai pemimpin umno yang masih dibuai mimpi….ngeri dengan agenda peribadi…..

PRU13 telor dihujung tanduk sedang menanti dengan sikap pemimpin UMNO/BN hari ini….
Renung dan tenunglah wahai seluruh pemimpin UMNO/BN sudah 2 tahun berlalu badai tsunami sudahpun meranap politik bangsa….

Apakah usaha yang telah diambil dan lakukan untuk kembalikan keyakinan rakyat…??.

Apakah “PEKASA” dan NGO satu lubuk yang dicipta reka oleh UMNO sebagai satu langkah untuk mendekati sekelian mereka yang terlalu benci dengan sikap angkuh dan sombong pemimpin UMNO yang tidak mampu berubah dan takut tergugat dengan kehadiran mereka yang lebih berwibawa dari pemimpin UMNO yang ada….

UMNO/BN jangan terlalu mengharap kekuatan dari luar….kelak UMNO/BN akan reput dan cabuk dari dalam…. !!

PRU12 jadikanlah iktibar….apabila UMNO/BN terhibur dan terperdaya dengan nyayian-nyanyian dari pemimpin yang baru terjaga…disamping sendaloka media membodek mereka…..akhirnya tolak tangga hayun kaki……

Komentar :

ada 0 comments ke “TEWAS DIHULU SELANGOR LEBIH BAIK DARI BN MENANG !!”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.