Thursday, April 29, 2010

"Nak minta maaf pasai apa, atas dasar apa" ?


"Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak faham undang-undang".

"Yang ditanya dalam Dewan ialah sejauh mana bidang kuasa sultan dihormati, bukan mempertikaikan kuasa sultan,"

Jika semalam beliau mengakui tidak sedar wujudnya soalan itu dan bersetuju ''soalan itu memang tidak perlu ada pun'' hari ini beliau bercakap lain pula…

Ditanya adakah beliau patut menjelaskan isu berkenaan kepada Tuanku Abdul Halim, Azizan berkata, ia tidak perlu kerana Sultan Kedah sudah memahaminya.

Menurutnya, semalam beliau telah menghubungi Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Elmi Yusoff mengenai isu tersebut dan meminta beliau supaya tidak mengendahkannya.

Apakah di Kedah retak hanya menanti belah…?

Benarkah Dun Kubang Rotan anak kepada setia usaha Bahagian UMNO masih tidak jelas bidang kuasa Sultan?

Atau Wakil rakyat UMNO yang tidak faham undang-undang? Apa pula bidang kuasa DUN kubang Rotan tersebut yang dipilih oleh rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat yang memilihnya atau untuk menjaga kebajikan dan tugas sultan...?

Atau ini satu sandiwara Azizan Razak untuk mempercepatkan tsunami keatas Kedah…

Atau Azizan lebih awal cuba mencari pelindungan disebalik helah ini…?....jika seandainya belaku tsunami Azizan masih dapat bersembunyi disebalik alasan-alasan yang lazim digunakannya selama ini..SINI>

Tunggu babak-babak sandiwara Azizan Razak lagi selepas ini lagi……….

Komentar :

ada 0 comments ke “"Nak minta maaf pasai apa, atas dasar apa" ?”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.