Wednesday, April 14, 2010

BERITA PENUH 200 TINGGAL PKR - MANA LIM SOO NEE?

CUCU TOK MINAI

KULIM, 13 April – —Hampir 200 anggota Parti Keadilan Rakyat(PKR) Cawangan Taman Tunku Putra,disini,hari ini,bertindak keluar parti itu beramai berikutan dikalangan mereka sudah tidak lagi yakin kepada kewibawaan pucuk pimpinan parti itu.



Mereka terdiri daripada anggota-anggota lelaki dan wanita telah menubuhkan sebuah cawangan baru MIC iaitu Cawangan Kampung Padang Buluh-Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu, di ketuai G.Thanagaran dan Naibnya pula adalah M.Verasamy yang dulunya adalah Ketua Cawangan PKR yang dikatakan telah dibubarkan itu..

Menurut Verasamy tindakan beliau dan pengikutnya keluar parti itu adalah kerana semua janji pilihanraya ke12 yang dibuat parti itu tiada satu pun yang ditunaikan malah kini pun mereka masih berjanji.


“Anggota Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kedah Kawasan Kulim yang juga Exco Negeri Lim Soo Nee tidak pernah pun menunjukkan mukanya kepada penduduk dikawasan ini dan kami sekarang ini sudah tiada tempat hendak mengadu masalah kami”,jelas Verasamy yang amat kecewa dengan ADUN berkenaan.


Katanya lagi, kalangan anggota PKR sendiri dikawasan tersebut juga masih belum mengenali paras rupa ADUN Kulim itu walaupun sudah dua tahun beliau mewakili DUN berkenaan.


Beliau berkata memandangkan pihak Barisan Nasional (BN)Bahagian Kulim /Bandar Baharu sering mengadakan kegiatan kemasyarakatannya disekitar kawasan kediaman mereka beliau dan rakan-rakan bersikap tegas dan merasa terpanggil untuk kembali kepada MIC dan meninggalkan PKR.’


“Oleh kerana keadaan semakin meruncing dan tiada mendapat sebarang pembelaan daripada wakil rakyat kami lalu kami bertindak positif menemui Pengerusi BN Bahagian Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir meluahkan perasaan dan masalah kami”,tambah Ramasamy pula.


Selaras dengan keputusan kalangan anggota yang sudah kecewa maka Verasamy dan pengikut-pengikut setianya hari ini telah menyerahkan borang keahlian menyertai MIC kepada Abdul Aziz selaku Pengerusi BN Bahagian dalam satu majlis sempena program Gerakan Tumpuan dan Mesra Masyarakat dikawasan perumahan Taman Tunku Putra,disini,hari ini.


Sementara itu Abdul Aziz yang gembira menerima kumpulan tersebut menyertai BN berharap akan dapat mencuba menyelesaikan beberapa masalah yang selama ini menjadi mimpi sahaja dikalangan penduduk dikawasan tersebut.


“Tidak semestinya BN menjalankan kerja-kerja amal membantu masyarakat yang memerlukan semasa kempen pilihanraya sahaja,Ini bukan prinsip BN.Kita sentiasa bekerja kerana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.”,ujar beliau.


Abdul Aziz meramalkan bahawa lebih ramai lagi anggota-anggota parti Pakatan Rakyat yang akan keluar parti dalam tempuh terdekat ini,memandangkan sudah semakin ramai pemimpin atasan mereka yang juga keluar parti itu.

Komentar :

ada 2 comments ke “BERITA PENUH 200 TINGGAL PKR - MANA LIM SOO NEE?”
Anonymous said...
pada hari 

Cerita ni nampak ok, tapi sejauh manakah inya memberi kesan positif kepada kekuatan BN dalam PRU ke-13 nanti. Adakah ianya sekadar luaran sahaja, kerana mereka keluar dari PKR kononnya telah di pinggirkan dan tak dapat projek...cuba fikirkan dan UMNO/B jangan jadi seperti "Lembu Lapaq Ayaq" dahlah.....

Anonymous said...
pada hari 

Entah lah bergantung pada lembu-lembu yang kemaruk untuk berkerjasama dgn DAP ja lah..dan lembu2 yg masih mau menjilat teloq ulama keling tersebut...

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.