Tuesday, March 16, 2010

KENYATAAN MEDIA ANUAR SHAARI SEBENTAR TADI.


Lapuran penuh Sidang Media Anuar shaari..


Siapa Datuk Ahmad Nazri Abdullah,apa hubungan dengan Anwar Ibrahim dan apa pula kaitan Aasil Kazi Ahmad seorang yang didedahkan oleh Anuar Shaari boleh membantu siasiatan merungkai misteri Raja Petra Kamarudin?

Dimana individu yang Aasil Kazi Ahmad yang dimaksudkan? cuma PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia dapat memaklumkan status terkini Aasil Kazi Ahmad.

Ikuti kenyataan media dari Anuar Shaari sekejab tadi..




KENYATAAN MEDIA.

1. Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menerima surat saman dari Datuk Ahmad Nazri Abdullah melalui tetuan Amin &Tan.Saya tidak faham apa niat dan motif beliau.Maka untuk keterangan lanjut,maklumat boleh didapati dari peguam Au Heng Seng dari Tetuan Amin & Tan dialamat Suite 1301-1304,13th Floor,Cambell Complex, 98 jalan Dang Wangi.50100 Kl (Tel: 03-26911268)

2. Datuk Ahmad Nazri Abdullah mahu meminta RM 1 juta daripada saya. Terlebih dhulu saya meminta DAtuk Nazri menjelaskan berapa banyak harta kekayaan beliau di dalam dan di luar Negara.Saya sering mendengar orang lain menganggar kekayaan Datuk Nazri melebihi RM 1 billion Adalah lebih baik Datuk Nazri menjelaskan perkara ini sendiri memandangkan dahulu beliau hanya seorang Ketua Pengarang di sebuah akhbar di Malaysia.

3. Oleh yang demikian,amat perlu Datuk Nazri membuat penjelasan mengenai hubungan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Saya juga merayu Datuk Nazri untuk memberi penjelasan mengenai ‘income tax’ yang dibayar,jika belaiu bukan proksi Datuk Seri Anwar Ibrahim.Akan tetapi jika beliau seorang proksi,tidak perlulah beliau membuat penjelasan.Ini bukan tuduhan tetapi hanya memohon penjelasan dan pengesahan beliau


4. Sehingga kini,saya masih menanti penjelasan dari Aasil Kazi Ahmad,seorang yang saya dedahkan boleh membantu siasatan merungkai misteri Raja Petra Kamarudin.Saya juga menggesa pihak berkuasa khursusnya PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan status terkini berkaitan Aasil Kazi Ahmad.Saya ada bukti menunjukkan nama Aasil berada di senarai nombor satu dalam ‘chatting box’ Raja Petra Kamarudin.Saya juga menggesa Datuk Nazri memujuk Aasil agar segera tampil memberi penjelasan.Ini penting kerana masyarakat Malaysia perlu tahu siapakah ‘driving force’di belakang sebuah portal berita internet iaitu Malaysia Today.

Sekian,Terima Kasih.

ANUAR SHAARI
16 Mac 2010.







Khabarnya masih ramai MP PKR Selangor akan turut meninggalkan Parti dalam masa yang terdekat ini..

Persoalannya apakah Tsunami akan melanda PKR Selangor telebih dahulu sebelum melanda Kedah Belanda.

Hanya Allah swt yang mengetahui segala perancangan yang maha teperinci.

Komentar :

ada 0 comments ke “KENYATAAN MEDIA ANUAR SHAARI SEBENTAR TADI.”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.