Sunday, November 8, 2009

JIKA PRU12 UMNO DILANDA TSUNAMI...ADAKAH PRU13 UMNO KEDAH MENGUNDANG TAUFAN RINA?






UMNO TERUS BERDENGKUR KEKENYANGAN DENGAN ISU-ISU PERBALAHAN YANG DIREKA CIPTA PAKATAN RAKYAT…

Hadi berjaya mengukuhkan kedudukan
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat pada 29 Oktober lalu membuktikan pengaruh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin merosot, manakala Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berjaya mengukuhkan kedudukan selaku Presiden.


Tindakan talak tiga amalan Pas melampau
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Tindakan Pas meminta wakil rakyatnya berbai'ah untuk menceraikan isteri dengan talak tiga jika keluar parti itu adalah satu perbuatan yang amat melampau.


Nik Aziz mencaturi calon PM pembangkang - Penganalisis
PETALING JAYA 6 Nov. - Tindak tanduk politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kebelakangan ini memberi petunjuk bahawa beliau cuba mencaturi calon yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.


Bai'ah Pas tak munasabah - Shahrizat
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kesanggupan wakil rakyat Pas melafazkan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti atau keluar parti adalah tindakan yang tidak munasabah.


Salahuddin enggan dedah isi seminar
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Perjalanan seminar politik Pas yang dijadualkan berlangsung di Markas Pas Taman Melewar, Gombak, esok masih menjadi tanda tanya.


Guan Eng dicabar dedah statistik miskin tegar
KEPALA BATAS 6 Nov. - Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim membidas sikap kerajaan negeri yang masih mempertahankan dakwaan kononnya negeri ini sudah bebas sepenuhnya daripada masalah miskin tegar.


Kes semakan Speaker DUN Kedah 12 Nov.
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Permohonan semakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat Kota Siputeh akan didengar pada 12 November ini.


EGM kedua MCA pada 28 Nov.
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kumpulan yang menyokong Naib Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 28 November ini bagi mendapatkan mandat daripada ahli-ahli untuk mengadakan pemilihan pemimpin parti yang baru.


Saya bukan gila kuasa - Tiong Lai
PUTRAJAYA 6 Nov. - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, beliau bukannya gila kuasa berikutan tindakan penyokongnya memanggil mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA pada 28 November ini.


EGM diadakan tanpa sokongan pemimpin kanan
PETALING JAYA 6 Nov. - Mesyuarat agung luar biasa (EGM) MCA yang kedua tetap diadakan demi mengembalikan keadilan dan integriti parti walaupun tiada sokongan daripada pemimpin kanannya.


KEMANA 14 DUN BN DI KEDAH? MEREKA BAGAI DITELAN ARUS KEBANGKITAN PAKATAN REPUT.

Cukupkah dengan hidangan berita-berita dari media tentang perbalahan demi perbalahan yang direka cipta pembangkang yang bijak memutar belit dapat melalaikan seluruh pemimpin UMNO dari peringkat bahagian hingga ke peringkat Negeri dan pusat.

Adakah berita-berita tersebut sebagai satu zon keselesaan seluruh pemimpin UMNO untuk menghadapi PRU13 secara mudah?

UMNO jangan teperangkap dengan tipu daya dan putar belit Pakatan yang bijak melalaikan pemimpin UMNO dengan isu-isu yang direka cipta oleh pemimpin mereka yang bijak memutar belit.

Di Kedah rakyat sudah merasai 14 DUN BN bagai tidak berfugsi lagi kepada rakyat…termasuk segelintir ketua-ketua Bahagian yang berperanan sebagai wakil rakyat nampaknya bagai sudah hilang arah bila memiliki kuasa…lebih-lebih lagi dengan pebalahan demi perbalahan yang melanda ketua-ketua bahagian dan timbalan mereka yang tidak sehaluan merebut bangkai yang ada sesame mereka.

UMNO jangan terperdaya tipu helah Agenda Pakatan rakyat berbalah sesame mereka seolah-olah memberi zon keselesaan pada seluruh pemimpin UMNO agar dapat terus memeluk tubuh da berdekur lena…dan merasai PRU13 tetap akan menjadi milik mereka.

Apakah PRU13 tiada ada lagi Tsunami? Atau PRU13 Taufan Rina akan melanda UMNO menjadikan UMNO padang jarak padang terkukur?

Hari ini kita merasai UMNO Kedah seolah-olah mengundang Taufan Rina dalam PRU13 nanti

Apabila 14 DUN BN dikedah bagai sudah ditelan arus kebangkitan pembangkang…rakyat sudah terpinga-pinga kemana perginya 14 DUN BN ini…sudah tidak berfungsi lagi kah mereka pada rakyat …???

Apakah hari ini mereka tidak ada lagi tanggung jawab pada rakyat…??? terutama dikawasan yang sudah tersungkur dan tertiarap…apakah segala tanggung jawab ketua-ketua bahagian yang mengambil alih tugas wakil-wakil rakyat yang tewas asyik mengagihkan lava kontrak dan peruntukkan sesama penjilat mereka…??

Hari ini rakyat tidak nampak pemimpin UMNO terutama dikedah samada wakil-wakil rakyat maupun ketua-ketua bahagian benar-benar sudah terjaga dari lena PRU12…rata-rata mereka masih berdekur lena…dan sesekali terjaga bagai singga lapar sewaktu kehadiran pak-pak menteri kekawasan-kawasan mereka…mereka berkeliaran menghurung pak-pak menteri hingga tiada ruang dan lubang rakyat bersua muka….

Jika inilah sikap segelintir pemimpin UMNO baik diperingkat Negeri,bahagian dan cawangan terhadap rakyat dan pemimpin-pemimpin mereka akhirnya tinggal lah seluruh pemimpin-pemimpin UMNO dalam kelompok mereka untuk terus menghurung bangkai …selagi sisa-sisa yang ditinggalkan oleh Pakatan Rakyat masih ada.

Apakah seluruh pemimpin tertinggi UMNO sudah merasai cukup selesa dengan bisikkan biola pemimpin-pemimpin diperingkat bahagian dan cawangan yang mendendangkan “PRU13 kita punya”

Jika inilah dendangan dan bisikan biola “CABUK” yang dimainkan oleh segelintir pemimpin diperingkat bahagian dan cawangan…lupakan saja dengan “dendangan” yang membawa tersungkurnya “kera” dek hembusan bayu itu….

Inilah dendangan dan bisikan dari segelintir mereka yang “syok sendiri”…sebenarnya UMNO kian parah dan berdarah dengan arus kebangkitan pembangkang yang lebih PEKA dan bukan “PEKAK” seperti segentir pemimpin UMNO hari ini.

Inilah hakikatnya UMNO hari ini di Kedah..terutama Padang Serai,Kulim Bandar Bahru.
Sedarlah dan celiklah wahai pemimpin tertinggi UMNO…Terutama UMNO Padang Serai.

Benar seperti yang disuarakan oleh Warkah Kedah.

"TOLONG SELAMATKAN UMNO PADANG SERAI - Kepada UMNO Negeri Kedah tolonglah bertindak segera bagi menyelamatkan UMNO Bahagian Padang Serai. Bom jangka hanya menanti masa untuk meletup.- warkah kedah"





Komentar :

ada 1
semanggigunung said...
pada hari 

APDS,
Sesekali aku terasa macam nak menangis memikirkan "bala" yang akan menimpa UMNO lebih-lebih lagi menjelangnya PRU 13.

Aku cukup kecewa melihat gelagat sebahagian pemimpin UMNO yang menampakkan seolah-olah UMNO ialah "tempat mencari makan" dan bukan lagi wadah untuk memperjuangkan nasib bangsa.

Tinjauan yang aku lakukan secara rambang mendapati UMNO kini tidak berupaya bergerak. Kegiatan yang adapun hanya berkisar kepada sukaneka atau "menumpang" program Jabatan Kerajaan.

UMNO di semua peringkat seharusnya mula mengumpul tenaga untuk menghadapi "perang"; memperkemaskan jentera pilihanraya terutama sekali bagi kawasan-kawasan yang UMNO/BN tewas dalam PRU 12.

Tenaga yang jenuh yang terdapat dalam UMNO seharusnya mula bergerak mendampingi rakyat di Taman-Taman Perumahan dan di kampung-kampung.

Usaha memenangi hati rakyat tidak boleh ikut musim. Ianya hendaklah bergerak sepanjang masa.Tak ada gunanya semua kerja-kerja "baik" hendak dibuat hanya sebulan dua dari tarikh pilihanraya.

Semoga pemimpin UMNO di semua peringkat bingkas bangun mulai sekarang juga untuk memimpin dan menggerakkan semua tenaga yang ada, bersiapsiaga seolah-olah tarikh PRU 13 telah diisytiharkan. Paluan gendang perang sudah dimulakan.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.