Tuesday, October 6, 2009

TIPU DAYA SERTA PUTAR BELIT PAS- RENUNGAN UNTUK PENGUNDI-PENGUNDI BAGAN PINANG.






SETELAH MAT SABU MEMBUAT PENGUMUMAN “MENGGUGURKAN NEGARA ISLAM” DAN MENGANTIKAN DENGAN “NEGARA KEBAJIKAN” DALAM DASAR PERJUANGAN PAS HARI INI TELAH DISAMBUT BAIK OLEH SELURUH WARGA DAP TERUTAMA MP ,DAP DARI BUKIT MERAJAM YB CHONG ENG YANG SEJAK AWAL LAGI MENJELASKAN BUKAN “DASAR PARTI KAMI” MEMPERJUANGKAN NEGARA ISLAM.

LEBIH-LEBIH LAGI BILA KARPAL SINGH SECARA TEGAS TELAH MEMBERI AMARAN KERAS PADA PAS TENTANG DASAR DAP SEBELUM INI.

AKHIRNYA PAS TERPAKSA AKUR DENGAN PRINSIP PERJUANGAN DAP YANG TIDAK PERNAH BERGANJAK SELAMA INI UNTUK MEMBOLEH PAS KEKAL SEBARIS DALAM PERJUANGAN PAKATAN.

“ Salahuddin Ayub berkata, Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya.”

Akhirnya dalam PRU12 yang lepas terbukti secara rasmi PAS mengantikan dasar perjuangan mereka dari “Negara Islam” kepada “Dasar Negara Kebajikan”, yang sebelum ini “Amal maaruf Nahi Mungkar” menjadi moto pada perjuagan politik PAS.

Benarkah seluruh ahli-ahli PAS termasuk penyokong menyedari hakikat bahawa PAS kini telah berubah dasar perjuagannya?

Andainya seluruh ahli-ahli PAS menyedari dan memahami mulai PRU12 dasar perjuagan PAS telah berubah samasekali setelah berkongsi kuasa bersama DAP.

Apakah mungkin ahli-ahli PAS masih mengharap sesuatu yang sudah hilang dari perjuagan mereka hari ini…

Rata-rata ahli belum menyedari hakikat dasar perjuangan serta prinsip PAS sebelum ini telah ditolak oleh DAP sebelum berkongsi kuasa dalam PRU12 yang lepas.

Kini rata-rata ahli belum terasa tertipu dengan situasi hari ini….

Tidak masakan ahli-ahli PAS masih bersuara,dan masih mengharap sesuatu dari PAS seperti dulu..

“PAS memerintah kedah dengan izin Allah.Sebelum memerintah kita selalu canangkan kita akan laksana Islam dalam segenap bidang.Kita bagi contoh Madinah yang rakyat majmuk berjaya melaksanakan Islam.Kita tegas kita mesti menegak maaruf dan menghapus mungkar.Hari ini rakyat khususnya ahli-ahli PAS hendak melihat benda ini berjalan.Setakat ini rata-rata ahli belum nampak dengan jelas akan hal ini.Dicadangkan kerajaan bentangkan perancangan atau kerangka(time Frame) kearah melaksanakan cita-cita tersebut dan disebarkan seluas mungkin".

(PAS KAWASAN JERLUN)


Apabila dasar perjuagan PAS telah ditukar dari “Negara Islam” ke Dasar perjuagan “Negara Kebajikan” atas prinsip dan syarat yang dipersetujui oleh DAP.

Maka tidak hairanlah “ahli-ahli belum nampak dengan jelas akan hal-hal dasar Negara Islam yang diperjuangkan PAS sebelum ini, sudah tiada lagi setelah mereka memenangi pilihan raya”.

Kerana dalam PRU 12 PAS melalui Sdr Mat Sabu sudah “Mengantikan” dasar perjuangan PAS sebelum ini.

Tanpa disedari seluruh ahli-ahli serta penyokong mereka sendiri,semata-mata patuh pada prinsip perjuangan DAP.

Namun seluruh ahli-ahli serta serta penyokong-penyokong PAS masih mengharap PAS hari ini dapat melaksana dasar perjuagan seperti yang diperjuangkan sebelum ini.

“Dulu sebelum memerintah kita selalu canangkan kita akan laksana Islam” (PAS KAWASAN JERLUN)

Itu dulu…!!

Hari ini jelas PAS tidak akan laksanakan dasar Islam lagi….terbukti bilamana Ir Nizar lilin telah menjelaskan;

“Dimanakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak laksanakan Negara Islam”?”Saya minta pandangan dan minta Jawapan?” “Dimanakah Transkrip PAS dalam memorandum ka? Dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS nak Laksana Negara Islam?”
- Ir Nizar Jamaluddin Mantan MB PAS Perak.

Selain daripada itu Ulama Politik PAS sendiri Nik Aziz Nik Mat senada dengan penjelasan Ir Nizar lilin menafikan malah mencabar pihak DAP melihat dan meneliti dasar Perjuagan PAS itu sendiri.

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

“Sebelum memerintah kita selalu canangkan kita akan laksana Islam dalam segenap bidang.”

“Setakat ini rata-rata ahli belum nampak dengan jelas akan hal ini.”

“Kita tegas kita mesti menegak maaruf dan menghapus mungkar”

“Dicadangkan kerajaan bentangkan perancangan atau kerangka(time Frame) kearah melaksanakan cita-cita tersebut dan disebarkan seluas mungkin.


“Ahli teras dari Dewan Ulama Pemuda Dewan Muslimat merupakan esset yang sangat penting bagi menentukan kelangsungan Parti.Tapi hakikatnya setelah PAS menang di Kedah ramai Ahli Teras rasa terpinggir kecewa dan teguran mereka kurang diambil perhatian dan mereka kurang dan tidak dilihat banyak program.Tapi kalau dibiarkan ahli teras kecewa siapa lagi yang diharapkan untuk membantu mempertahankan parti…dan perjuagan ini” [ DMPK/DMPNK]

Inilah hakikat dan padah yang diterima oleh ahli-ahli PAS sendiri setelah Pakatan PAS,DAP dan PKR memenangi pilihan raya.


Akhirnya segala kelohan,rintihan dan harapan untuk melihat PAS menegak amaal ma'ruf dan mencegak nahi mungkar tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

Hari ini sudah 2 tahun PAS mentadbir Kedah..mungkar masih berada ditahab sebelumnya.Dan Akhir sekali MB PAS Azizan Razak berdalih dan berhelah..untuk mencegah mungkar perlu mengambil kira kepentingan kaum-kaum lain,yang membantu kemenangan PAS dalam PRU12.

Dari penjelaan serta dalih Pemimpin PAS ini terbukti...dasar perjuangan PAS bukan lagi seperti sebelum mereka berpelok dan berdakap dengan kapiaq harbi.

Kerana segala Dasar Negara Islam sudah berubah ke dasar "Negara Kebajikan"

Tetapi malangnya seluruh penyokong serta pengampu-pengampu PAS hari belum menyedari tipu daya PAS dan DAP hari ini pada bangsa dan mengkianati perjuangan mereka.

Akhirnya rajuan demi rajuan,kelohan demi kelohan,harapan demi harapan hanya tinggal mimpi-mimpi kosong buat penyokong-penyokongnya saja...terutama di Kedah hari ini.


wassallam.apbs.

Komentar :

ada 2 comments ke “TIPU DAYA SERTA PUTAR BELIT PAS- RENUNGAN UNTUK PENGUNDI-PENGUNDI BAGAN PINANG.”
Arif Omar said...
pada hari 

parti ini parti pelacur. semua boleh. apa hairan. harapkan seban dan jubah aje lebih

Anonymous said...
pada hari 

salam.

Dari sudut apa penyokong-penyokong PAS menilai kepimpinan mereka hari ini...kita tidak pasti samada serbannyakah,pakaiannya kah...yang pasti pada kita inilah sebuah parti yang terjijik abad ini.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.