Thursday, October 1, 2009

PERISTIWA PERIGI YAHUDI -NIK AZIZ HARUS BERUNDUR






Kelebihan ilmu kepimpinan itu bukanlah bererti kita boleh mengambil kesempatan kepada masyarakat,rakyat atau penyokong yang taksup dengan kehebatan yang kita rasai,apabila kita mendapat sokongan padu dari sejumlah besar dari mereka hari ini.

Tetapi apa yang jelas seperti digambarkan, dalam sebuah peristiwa selepas Hijratul Rasul ke Madinah.

Masyarakat Islam ketika itu tidak mempunyai keperluan air untuk digunakan.

Pada ketika itu seorang Yahudi ada memilki sebuah perigi yang digunakan kesempatan tersebut dengan menjual air dari perigi yang dimilikinya.

Seorang sahabat iaitu Uthman, telah membeli perigi dengan hartanya dengan harga 12,000 dirham dengan syarat mereka bergilir menggunakannya.

Satu hari perigi itu hak Yahudi, dan satu hari lagi Hak Uthman.

Selepas itu pada hari giliran Uthman, semua orang akan mengambil air untuk keperluan dua hari.

Keadaan ini telah mengakibatkan Yahudi itu, merasa rugi kerana tidak ada orang lagi yang membeli air pada hari gilirannya.

Selepas itu Yahudi itu, menjual terus perigi itu kepada Uthman dengan tambahan 8,000 dirham.

Ini lah yang dimaksudkan ilmu dan kepimpinan, yang dapat memberi munafaat kepada Agama dan umatnya.

Kerana ilmu itu juga dapat mengatasi kebodohan diri dan dapat menigkatkan martabat Agama bukan merendahkan martabat agama dan umatnya.

Seperti yang dilaku oleh segelintir pemimpin PAS hari ini.

Hari ini jelas bila PAS merasa rugi diatas tindak tanduk Ibrahim ali yang memenangi pilihan raya diatas lambang PAS yang dipersetujui sebelum ini.

Mengapa pas harus mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini dan mengarahkan supaya Ibrahim Ali berundur dari jawatan yang dimenangi?

Adakah diperingkat awal PAS merasai mereka mungkin dapat mengaut untung berlipat ganda melalui persetujuan membenarkan Ibrahim Ali bertanding diatas lambang mereka. Semata-mata untuk menang pilihan raya lalu mereka dapat mengekal berkuasa.

Tanpa memikirkan terlebih dahulu natijahnya dibelakang hari seperti permaufakatan PAS dan DAP hari ini?

Akhirnya bila PAS merasa tertipu atau kerugian memihak pada politik mereka dengan tindakkan Ibrahim Ali.

Lalu PAS mencabuli perjanjian tersebut dan meminta Ibrahim Ali agar menyerah Jawatan tersebut dan membatalkan segala perjanjian yang mereka setuju sebelum ini.

Serta mengungkit segala kebaikan yang telah diberi.

Disini terbukti menunjukkan ilmu yang dimiliki oleh PAS tidak selaras dengan nafsu untuk mentadbir.

Hingga membawa kepada kerugian di atas kebodohan serta sikap tamak haloba mereka sendiri.

Persoalannya mengapa diperingkat awal PAS bersetuju bekerjasama dengan Ibrahim Ali?…

Siapa Ibrahim Ali dan siapa PAS ?,

"Siapa tidak kenal Ibrahim Ali”.

Masing-masing sudah mengenali satu sama lain lebih-lebih lagi PAS yang kononnya pakar mengenali musuh Allah swt.

Begitu juga dengan DAP "Siapa tidak kenal Lim Kit Siang atau Karpal Singh?” yang pernah mencabar Islam.

Tetapi mengapa PAS masih sanggup lagi berkongsi kuasa dan sanggup pula bermusuh dengan bangsa sendiri.

Hari ini apa yang berlaku pada PAS melalui tindak tanduk Ibrahim Ali sebenarnya satu isyarat awal dari Allah swt yang paling berguna seharusnya ia menjadi iktibar serta pengajaran pada PAS.

Kerana sanggup berkongsi kuasa bersama kapiaq harbi yang lebih hebat tipu daya dan putaq belitnya berbanding Ibrahim Ali yang masih berpegang pada tali Allah.

Berbanding dengan Kalpal Singh dan Lim Kit Siang yang menjadi rakan kongsi PAS hari ini.
Sehingga PAS sanggup bermusuh dan mengkapiaq bangsa sendiri.

Bukankah Ujian dari Allah swt itu didatangi dalam berbagai cara samada melalui kemenangan maupun melalui kegagalan?

Mengapa PAS tidak dapat mengambilnya sebagai satu iktibar dari apa yang belaku itu adalah datangnya dari Allah swt yang digerakkan melalui tingkah Ibrahim Ali.

Mengapa Nik Aziz serta penyokong serta pengampunya begitu jahil untuk mentafsir sesuatu yang datang dari Allah swt tersebut adalah satu ujian .

Disebaliknya terdapat hikmah dan isi pengajaran yang ternilai dan cukup berguna untuk dijadikan pengajaran dan panduan serta pedoman pada PAS.

Tetapi sebaliknya para penyokong dan para pengampu yang bangang yang jahil setaraf kaldai terus melatah dan menyerang tindakan Ibrahim Ali tersebut.

Sebenarnya puakpuak pengampu bahlol tersebut mengambil kesempatan menangguk diair keroh dari isu Ibrahim Ali menyokong kebodohan dari tindakkan Mursyidul mereka.

Kononnya taksup pada ilmu yang ada pada Nik Aziz…
Lalu berbagai tuduhan dan lemparan kesat terhadap tindakannya ibrahim Ali pada Nik Aziz.

Adakah ini menunjukkan ilmu yang mereka miliki dapat membimbing mereka?

Atau Nafsu membimbing ilmu yang tidak seberapa yang ada pada mereka lalu membela membabi buta?

Sedarkah Nik Aziz yang bertaraf Ulama Politik pengampu-pengampu tersebut hanya bertaraf sokong yang akan membawa rebah?.

Apa yang berlaku itu adalah isyarat awal dari Allah terhadap tindak tanduk PAS selama ini dalam memutar belit hukum serta keangkuhan Nik Aziz sendiri.

"Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

Akhirnya dari kenyataan Nik Aziz diatas melalui tindakan Ibrahim Ali .

Terbukti dan terserlah lah nafsu memerintah yang ada pada Nik Aziz tidak selaras dengan ilmu agama yang dimilikinya selama ini.

Lalu PAS mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini dengan mengarah Ibrahim Ali menyerahkan kembali ‘perigi’ yang sudah dibeli dengan syarat yang telah dipersetujui sebelum ini.

Sepatutnya Nik Aziz lah yang perlu mengundur diri…ATAU melepas jawatan hari ini.

Jualkan saja..PAS pada Ibrahim Ali !!!


Kerana Nik Aziz telah gagal memunafaatkan kemenangan PAS yang Allah berikan selama 20 tahun pada Agama dan seluruh umat Islam HARI INI.

Khususnya rakyat Islam dibumi Kelantan amnya .

Hari ini Nik Aziz hanya membawa kebaikan pada segelintir umat yang cenderung memihak pada politik dan pengaruhnya saja.

Tetapi dengan ilmu agama yang di miliki Nik Aziz terbukti sudah gagal mendatangkan munafaat pada sekelian Umat dan Agama Islam itu sendiri.

Hari ini terbukti umat Islam telah berpecah belah gara-gara Amanat “Dajal” dan kegagalan ilmu Agama Nik Aziz untuk memunafaatkannya pada umat seluruhnya.

Sepatutnya Nik Aziz lebih arif untuk memunafaatkan ilmu Agamanya untuk kepentingan seluruh umat Islam bukan setakat segelintir pengikutnya dibumi Kelantan saja.

Atau setakat untuk menyatukan penyokong-penyokong PAS yang taksup padanya melalui kelab mereka.

Sebagai ulama politik Nik Aziz perlu bertanggung jawab sepenuh menjaga kebajikan seluruh umat Islam.Bukan memecah belah perpaduan yang sedia ada.

Bukan pula membezakan fahaman politik yang jumud dan jijik itu.

Dan ukan pula setakat untuk mengklasifikasikan umat…kapiaq atau sebaliknya.

Itu bukan tugas atau portfolio yang Allah swt tugaskan pada Nik Aziz untuk menghukum.

Hari ini Nik Aziz seoah-olah hilang pertimbangan dan celaru tugasnya sebagai ulama Politik yang kononya “ulama pewaris Nabi-Nabi a.s” apabila gagal membezakan diantara tugasannya dan kuasa Allah swt.

Komentar :

ada 2 comments ke “PERISTIWA PERIGI YAHUDI -NIK AZIZ HARUS BERUNDUR”
udanggalah said...
pada hari 

SALAM.. Teman dapat iktibar dari kisah perigi
Yahudi ni, sebelum ni teman cuma sempat tengok
perigi Hang Tuah dan perigi Batu Pahat je.

Anonymous said...
pada hari 

salam.

Mudah-mudahan penyokong tegar pakatan reput lebih2 lagi mendapat iktibar dari kisah perigi yahudi.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.