Friday, September 11, 2009

MASIH ADA LAGI YANG TERSIRAT DISEBALIK AL-BAQARAH.






“Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al- Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Umat Islam di situ dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dan perintah itu dikatakan dibenarkan di dalam al-Quran.

“Malahan mereka dikatakan berdosa kerana tidak mengikut al-Quran untuk membenarkan pembinaan kuil itu,” jelasnya.”

Memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahan kepentingan sesuatu agenda atau wadah dan ketepikan soal aqidah, bukan lagi satu perkara baru dan tidak lagi boleh dianggap jelik lebih-lebih lagi oleh YB Pas yang mengguna tiket PKR tersebut.

Hari ini amanat-amanat serta hukum-hukum allah ta’ala yang sudah di putaq belit ayat-ayat serta maknanya sudah lama belaku didepan mata.

Cuma mana pergi suara Pak Janggut dan pak serban dalam hal ini sudah lama menjadi tanda tanya.

Apakah mereka hanya tinggal kepala tapi jasadnya sudah tiada….Ataupun hari ini hanya sekadar menjadi bobeka kerana kemaruk untuk berkuasa?

Hari ini sedarkah YB Kulim Bandar Bahru bukan setakat ayat-ayat al-quran saja di putaq belit oleh individu seperti Pak Jangut itu.

Tetapi segala hukum dan fatwa ulama sendiri,sudah pun di putaq belit oleh mereka.

Bukan sekadar berdosa kerana tidak mengikut al-quran tetapi sudah menjadi “KAPIAQ” jika tidak menjadi pengikut agenda politik mereka .

“Jika orang-orang Islam berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah Negara menjadi kafir atau haram[Hukum Ulama Pas Kelantan 1963]”

"Kalau nak jaga Islam lebih baik tukar dasar daripada kebangsaan kepada dasar Islam barulah nampak ikhlas."

“Dalam soal ketuhanan, tidak timbul soal ke'adilan. Ini soal aqidah, bukan lagi soal wadah.

Kita memelihara tempat 'ibadah mereka, bukan mengujudkan yang baru dicelah kediaman kita.

Sultan Salahuddin Al Ayubi memelihara kesucian synagogue dan gereja yang sedia ada semasa membuka Kota Baitul Maqdis, bukan dengan membina kuil, tokong, gereja atau synagogue yang baru bersebelahan Masjidil Aqsa!”

Kelantan sudah hidup 20 tahun di bawah dasar Islam.

“ Kami tukar pemikiran rakyat daripada pak turut Eropah kepada pak turut nabi."

Hari ini mungkin individu-individu seperti “Pak Jangut” tersebut telah memutaq belit lagi ayat-ayat Allah ta’ala hari ini.

Dari menjadi pak turut Eropah…kini kami sanggup menjadi pak turut pada DAP pula.

Sedarkah YB Zulkifli Nordin putaq belit dari ayat ayat al-quran oleh individu tersebut adalah sudah setaraf dan sewaktu dengan politik mereka hari ini?

Allahuakbar! Mengapa terlalu banyak Pak-pak Jangut dan pak-pak serban yang lahir diakhir-akhir zaman ini yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-quran,demi untuk mempertahankan wadah politik mereka hari ini dan sanggup pula bersekongkol dengan DAP.

Seperti individu “Pak Janggut” yang sanggup memutar belit ayat-ayat al- Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Adakah Pak jangut yang dimaksudkan oleh YB zulkifli Nordin tersebut adalah “SANTA CLAUS” jelmaan T.E Lawrence yang sanggup memutar belit ayat-ayat Allah?
Hanya ada kepala tapi jasadnya sudah tiada.

Mana lagi mampu mereka bersuara.Jangan pula kita menghala tomahan kepada pak keris pula.

Kerana mereka bukannya dikalangan yang pakar agama seperti kita dan pak-pak jangut yang ada,juga pak-pak serban yang bijak memutaq belit fatwa dan hukum allah ta’ala.

Hari ini kepala-kepala yang sudah hilang jasadnya mengkianati pula segala fatwa.

Komentar :

ada 2 comments ke “MASIH ADA LAGI YANG TERSIRAT DISEBALIK AL-BAQARAH.”
C L J said...
pada hari 

Sampai gitu sekali putar belit mereka.
Mashaallah .... .... betapa dosanya.
Pengundi nak kena tanggong sama ka tu ?
P Raya umum akan datang dak bagi lagi ke ?

Anonymous said...
pada hari 

salam:

Apa yang mampu dan terdaya kita..bukan setakat rakyat pemimpin juga turut buta...apa kan daya kita.

Hanya mampu menyalak di blog sahaja....agar dapat bangsa dapat sedar semula.

Pada pemimpin tidak ada waktu menatap kelohan bangsa kerana perut dan tembolok masih ada ruang mengisi kekayaan tidak seperti bangsa.

wassallam

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.