Tuesday, September 29, 2009

CAWANGAN PKR PADANG SERAI SUDAH TUTUP KEDAI.








Sudah terang lagi bersuluh…sah ROC terima pembubaran Cawangan PKR Padang Serai yang menjadi kubu selut PKR di kedah selama ini.

Setakat ini maklumat yang diterima dari sumber yang boleh diakui kebenarannya .

Sudah Sah Cawangan PKR Padang Serai telah menerima surat Pembubaran cawangan dari ROC.

Ini bermakna PKR Padang Serai telah berkubur dan hancur allhamdulillah ..selain daripada itu terdengar desas derus ahli-ahli PKR juga sudah mula meninggalkan perjuangan yang kian reput dan karam itu secara diam-diam.

Selain daripada MP Pdg Serai juga sudah dinasihatkan oleh penasihat 25% supaya kosongkan kerusi ekoran babak lakunannya di Permatang pasir menampar pihak berkuasa mungkin menerima padah dan natijahnya.

Persoalannya mampukah Pakatan reput ini mengekal kuasanya bersama-sama sekutu mereka dibumi Lunas.

Kerana luka dan calar pada rakyat bumi Lunas khususnya Parlimen Pdg Serai yang dilakukan oleh DUN dan MP PKR sendiri termasuk sekutu-sekutu mereka yang bijak memutar belit fakta dan bijak bermuka masih segar di minda rakyat Parlimen Pdg Serai.

Setakat tinjauan hari ini peluang pakatan reput ini untuk berkuasa di MP Padang serai ini amat nipis .

Walaupun UMNO telah membuat pendekatan tidak akan bertading bila ada kekosongan kerusi akibat perletakan jawatan atau menarik diri kecuali kekosongan akibat kematian.

Ini tidak bererti ia memberi laluan mudah pada pakatan reput untuk mengkal kuasa mereka jika belakunya PRK nanti.

Mungkin pertarungan PRK dibumi Padang serai kali ini menampakkan pertarungan yang lebih segit dan lebih hebat daripada sebelum nya dari calun bebas.

Pakatan reput mungkin akan meletakkan calun dari kelab penyokong mereka sendiri .

Memandangkan Palimen kawasan tersebut adalah kawasan UMNO.

Pada rakyat bumi Padang Serai bersedialah untuk menghadapi PRK yang tidak mustahil akan belaku dalam sedikit masa lagi.

Kerana angin yang bertiup semakin kencang menandakan tsunami PKR akan melada bumi Padang serai kian hampir.

Dan bersedialah rakyat Pdg Serai untuk menolak segala dakyak jahat pakatan reput yang menipu bangsa selama dua tahun ini.

wassallam.apbs.

Komentar :

ada 0 comments ke “CAWANGAN PKR PADANG SERAI SUDAH TUTUP KEDAI.”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.