Monday, September 21, 2009

BILA IBLIS DAN SYAITAN DILEPASKAN SEMULA.





SYAWAL…KEHADIRAN MU BEGITU CEPAT , SEPANTAS AMANAT HADI AWANG YANG DIBUANG KELONGKANG HARI INI…MENINGGALKAN SEJARAH MEMALI MENGKIANATI AMANAT SENDIRI

MENINGGALKAN RAMADHAN YANG MEMBERI SERIBU NIKMAT DAN RAHMAT PADA KITA.
MENGUNCI ,MENGURUNG IBLIS DAN SYAITAN YANG ADA…

KINI SYAWAL MENJELANG TIBA..

SEMUA IBLIS DAN SYAITAN DILEPASKAN SEMULA.
KEMBALILAH MEREKA MEMBOHONGI BANGSA….

MENYAMBUNG AGENDA GILA UNTUK BERKUASA.

YA ALLAH LINDUNGI KAMI DARI TIPU DAYA MEREKA YANG BIJAK BERMUKA-MUKA DENGAN HUKUM ALLAH TA’ALA. AMIN.

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !

Menyelak lembaran di awal Syawal……..PAS menipu lagi Bangsa!

“Satu lagi alasan Datuk Nik Aziz ialah politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi ‘peperangan’ dalam pilihanraya. “-Nik Aziz Nik Mat.

“Tetapi meskipun demikian harus dipahami bahwa apabila suatu tujuan yg baik dan benar itu sudah bisa dicapai tanpa juga bohong atau dusta itu tetap haram hukumnya”-Huraian dari sifat-sifat munafik.

Maknanya berbohong dan berdusta itu tetap “HARAM” Hukumnya walaupun tujuannya baik.

Tetapi kini PAS membolehkan atau menghalalkan pula pembohongan dan berdusta ini pada bangsa bukan kah ini buktinya PAS memutar belit ayat-ayat Allah swt.

“Tapi kita boleh menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.” Tidak perlu masuk Budha,hindu atau Kristian- Hadi Awang

Hari ini di Kedah, sudahkah PAS “penuhkan” amalan Islam dan politik nya…tidak lagi politik suku,agama suku…???

Atau amalan politik PAS di kedah hari ini sudah mencapai “tiga suku”?
Kerana PAS kini, sudah memiliki kelab yang menghimpun segala bangsa dan agama,Budha,Hindu dan Kristian didalamnya bersama ulama mereka.

Apakah hari ini pemimpin-pemimpin PAS belum lagi bertaraf kapiaq tetapi hanya baru mencapai taraf “tiga suku”…[ertinya dalam kamus dewan: agak gila atau gila-gilaan]ms 1443.

Ya..Pas kini merupakan sebuah parti Politik “Tiga Suku” orang melayu Islam Atau merupakan Politik separuh masak…atau politik gila pada orang melayu.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):
"Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”
" Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak [empat kali]- Thu | Jul 17, 08 | 2:59:40 pm MYT
Dari riwayat Abu Hurairah r.a diatas jelas pada kita Rasulullah s.a.w. sendiri berpaling ke arah lain (yakni tidak melayannya sebanyak [empat kali].

Maknanya cakap-cakap orang gila tidak perlu diambil perhatian begitu juga dengan apa yang PAS berjanji dan bercakap pada rakyat hari ini…

Bangsa sepatutnya berpaling ke arah lain yakni tidak perlu melayan cakap-cakap serta janji-janji kosong mereka.

Kerana Politik PAS berada ditahap politik orang gila atau politik tidak siuman yang perlu bangsa berpaling kearah lain bila mereka mula berbicara….atau berjanji.

Kerana cakap-cakap orang gila tidak harusnya dilayan. Rasullullah saw sendiri empat kali memaling kearah lain bila berhadapan dengan cakap-cakap yang tidak dapat diterima akal…

Lebih-lebih lagi Politik PAS hari ini yang hanya mencapai tahap “tiga suku” pelaksanaan Islam dan politik mereka setakat ini.

“Dalam satu sidang akhbar, MB Azizan Abdul Razak berkata yang Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika orang-orang Cina ( DAP ) dan orang bukan Islam yang lain tidak setuju dengan pengharamannya.”-My KMU.Net Azizan Razak.

Petikkan dari usul Masyuarat Agong PAS Kawasan Negeri Kedah pula begini…

“PAS memerintah kedah dengan izin Allah.Sebelum memerintah kita selalu canang kita akan laksana Islam dalam segenap bidang.
Kita bagi contoh Madinah yang rakyatnya majmuk berjaya melaksanakan Islam.Kita tegaskan kita mesti menegak maaruf dan menghapus mungkar.
Hari ini rakyat,khususnya ahli PAS hendak melihat benda ini berjalan.Setakat ini rata-rata ahli PAS belum nampak jelas akan hal ini.”
Komen PAS Kawasan Jerlun pula…

“ Selepas 7 bulan PAS memerintah nampaknya pelaksanaan Islam,khususnya NAHI MUNGKAR masih gagal untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Komen PAS Kawasan Alor Setar.

Penyokong-penyokong PAS sendiri telah menyenaraikan 18 kepincangan sekadar retorik PAS dalam usaha mencegah NAHI MUNGKAR yang PAS masih gagal dan tidak melaksanakannya lagi Cuma cakap-cakap kosong….

Hari ini pemerintahan PAS di Kedah sudah mencapai dua tahun iaitu 730 hari bersamaan 2 tahun.

Dulu “Kita tegaskan kita mesti menegak maaruf dan menghapus mungkar” kini………...
“Kedah tidak akan mengharamkan penjualan arak dan judi jika….

“orang-orang bukan Islam tidak setuju dengan pengharamannya”Azizan Razak

Hari ini PAS melalui Presiden nya masih mahu mengulang lagi pembohongan mereka di PRK Bagan Pinang pula…

Masih tidak cukup lagikah pembohongan di Kedah hari ini oleh segelintir pemimpin mereka…

“Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam memberi jaminan bahawa PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam akan terus memelihara hak semua rakyat, tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan status sosial.”

Pada Pengundi-pengundi Bagan Pinang terutama orang melayu Islam sedarlah pembohongan dan tipu daya PAS lebih nyata dan terbukti dihadapan kita hari ini.

Bertanya khabarlah pada saudara-saudara Islam kita di kedah.Bagaimana pembohongan PAS pada rakyat hari ini.

Bukan sekadar rakyat saja PAS memperdayakan kita….tetapi pada penyokong mereka sendiri….

Apa yang GMC dedahkan diatas bukanlah komen dari mana-mana pihak yang bermusuh atau tidak memihak pada PAS tetapi komen dari pihak yang paling hampir dan merupakan penyokong PAS sendiri…

“Jaminan President PAS bahawa PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam akan terus memelihara hak semua rakyat, tanpa mengira bangsa, kepercayaan dan status sosial.”- Hadi Awang.

Tetapi… bila mereka sudah diberi kuasa dan mandat oleh rakyat jelata.
Inilah pula… balasan mereka pada rakyat jelata termasuk penyokong sendiri….

“ Telefon EXCO lima enam kali tak diangkat-angkat.Bila angkat pula jawapannya”Saya sibuk” saya tengah meeting”.Dari nada suara jawab macam tak berapa suka atau macam penelefon mengacau saja”- Komen PAS Kawasan Jerlun.

“Rakyat di kampung sebenarnya menunggu berita yang berkaitan dengan kebajikan mereka.
Mereka nak dengar dan tidak nampak pemberian bantuan kepada fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, baiki jalan-jalan kampung, baiki surau dan seumpamanya.”Komen PAS Kawasan Jerlun.

Allahuakbar ! inikah “ Jaminan” Hadi Awang bila PAS memerintah.Dan yang lebih dahsyat lagi bila segelintir pemimpi mereka lebih angkuh serta sombong dan tidak pula merasa malu berbohong dan menipu bangsa atau penyokong sendiri…

Bertanyalah pada Timbalan Pesuruhjaya PAS wilayah apa yang dialami oleh beliau sendiri.
Jika beliau benar-benar iklas ingin mencari kebenaran memerangi kemungkaran yang dilakukan oleh segelintir EXCO PAS di Kedah hari ini.
Atau bertayalah dengan rakan-rakan dan sahabat kita yag benar-benar ingin mencari kebenarannya.

Bukan sekadar tunduk melindungi kebiadapan segelintir pemimpin mereka.

Carilah nereka yang sanggup berkata benar walaupun pahit pada MEREKA..mudah-mudahan kebenaran akan terserlah didepan bangsa.

Jangan kita bertanya pada mereka yang bijak menghalalkan dusta kononya untuk kita berpolitik dalam peperangan…

Kerana berdusta dan berbohong dalam apa juga tujuan “HARAM” pada agama kita….bukannya pada mereka yang bijak memutar hukum Allah swt pada bangsa.

Allhuakbar ! inilah yang dikatakan manusia…yang Allah swt mengujinya melalui kuasa…lalu mereka lupa siapa diri mereka hari ini.

Mereka adalah segelintir pemimpin PAS yang akan membawa kehancuran dan kemusnahan pada PAS di Kedah bila sampai masanya.

Kerana Janji Allah tidak pernah “DUSTA” pada umatnya. Cuma kita yang bijak memutar lidah bila berkata untuk mengekal kuasa.

Samada kita sedar atau tidak peranan yang sedang mereka mainkan tidak lebih dan kurangnya sama saja tarafnya dengan segelintir pemimpin UMNO yang ada hari ini.

Berbohong dan menipu bangsa dan memutar belit hukum Allah swt melebihi dari segelintir pemimpin UMNO yang ada….

Cuma yang membezakan mereka hanya serban dan songkok diatas kepala…dan bijak pula mengupas Hukum Allah ta’ala pada kita yang jahil dari mereka….itu saja.

Maaf Zahir dan Batin.

wassallam.apbs.

Komentar :

ada 2 comments ke “BILA IBLIS DAN SYAITAN DILEPASKAN SEMULA.”
semanggigunung said...
pada hari 

Secara serius diperhatikan bahawa saudara APDS lebih banyak mengetahui tentang PAS; perilaku pemimpin-pemimpin sebuah parti politik yang berlandaskan Islam, yang terdapat di Malaysia secara am dan perkembangan parti serpihan UMNO itu di Kedah khasnya.

Syabas saudara APDS di atas kemampuan untuk “melondeh” segala kepincangan yang berlaku, lebih-lebih lagi terhadap sebuah parti politik yang berteraskan Islam. Walaupun tak ramai ahli PAS khasnya yang berada di kampung-kampung, di seluruh cerok rantau bumi bertuah ini, yang dapat dan mampu mengikuti hujjah-hujah saudara, namun sebenarnya segala pandangan dan pendapat saudara tidak sia-sia, tetap menjadi renungan bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan politik bangsa di tanah air.
Kadang-kadang terfikir juga, kalaulah ada kemampuan untuk berbuat sesuatu, apakah tidak munasabah parti yang berkenaan ini diminta untuk mengguggurkan sahaja perkataan ISLAM dari nama parti itu, kerana adanya perkataan tersebut mungkin menjadi punca harubiru penerimaan rakyat. ISLAM bukan hak mana-mana suku atau kumpulan; penggunaan Islam yang tak selari dengan ajarannya membuat orang-orang yang tak faham lebih memandang serong terhadap agama itu. Ahli-ahlinya pula diberitakan sering melakukan kerja-kerja yang bertentangan sama sekali dengan ajaran yang maha suci itu.

Jadi saudara seharusnya dapat meneruskan usaha yang baik ini. Baik kerana dapat dirasakan saudara bertujuan untuk membetulkan segala kekeliruan dan harubiru yang berlaku dalam PAS. Dan betapa “rapuh” nya pemimpin-pemimpin PAS bila berhadapan dengan “kuasa”. Ada kecenderungan bagi pemimpin-pemimpin ini kalau diminta memilih antara “Islam” dan “kuasa”, mereka akan lebih bersedia untuk memilih “kuasa”

S E L A M A T H A R I R A Y A – MAAF ZAHIR BATIN.

Anonymous said...
pada hari 

Salam: selamat Hari raya Maaf Zahir dan Batin.
Terima Kasih diatas Respon Semangigunung yang sudah kian lama menyepi…
Allhamdulillah diatas kehadiran komen semangigunung.Apbs sekadar untuk membongkar ssesuatu yang benar-benar terjadi didepan mata, bukan niat untuk merendah dan memperlekehkan mana-mana pihak,lebih-lebih lagi dihari dan dibulan yang mulis ini.
Tetapi sebagai Umat islam telah dipertanggung jawabkan pada kita untuk melakukan sesuatu untuk memelihara kesucian agama dari terus diperguna dan peralat kan oleh mereka yang bijak bermuka-muka dengan Hukum Allah swt.
Kerana sejak kebelakangan ini…PAS tidak lagi seperti PAS yang sebelum ini…hari ini mereka bersama kafir harbi dan bersama sekutu islam liberal memerangi bangsa sendiri.
Persoalannya apakah kita sebagai umat Islam..hari ini akan terus membutakan mata dan tulikan telinga mendengar dan melihat kemungkaran mereka didepan mata.
Renung dan tenunglah PRU12, PAS telah membiarkan maruah Islam dan Islam peralatkan oleh sekutu-sekutu mereka terutama sekali kafir harbi yang lebih jelas dan terang-terang menentang Islam…semata-mata untuk memusuhi bangsa Melayu sendiri…demi kuasa.

Islam hak semua penganutnya tanpa mengira warna kulit dan bangsa.Islam bukan PAS dan PAS bukan Islam.
Pas hanya sebuah petubuhan ciptaan manusia biasa….Mereka boleh menipu dan memutaq belit sesame mereka….tetapi mereka jangan sesekali memutaq belit hukum-hukum Agama.
Hukum agama bukan setaraf Amanat kaki lima Presiden mereka…yang boleh berubah mengikut cita rasa politik mereka.
Hukum Agama Hak Allah swt….
..tetapi Amanat gila untuk pengikut-pengikut mereka …yang setaraf kasut slipar sahaja...dihumban dan buang kelongkang bila sudah tidak berguna.
Wassallam apbs.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.