Wednesday, August 12, 2009

PAS RELA DI PIJAK KEPALA - DukeofUMNO.


Anak Lenggong said...

PAS rela "dipijak kepala"! PAS sanggup! Demi menjaga setiakawan "politik" Pakatan Rakyat, PAS rela berkorban prinsip dan pegangan agama Islamnya.

Begitulah "keteguhan" ikatan "Perosak Rakyat" dipersada politik negara. Salahuddin dengan "bangga"nya menjawab kepada para wartawan tentang persoalan "apakah PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat".

Walaupun sejak terciptanya ikatan "Pakatan Rakyat" (yang tidak didaftarkan sebagaimana BN) PAS telah berkali "dipijak kepala" oleh PKR dan DAP, PAS tetap "tegar".

Dasyat sungguh "pegangan" PAS kepada politik! Pengakuan Salahuddin menunjukkan PAS meletakkan kedudukan "politik" melebihi keduduka agama Islam dan agenda nasionalismanya.

Bukankah sepatutnya kedudukan Islam itu diletakkan pada kedudukan yang paling atas sekali dalam prinsip pegangan politik? Berlainan pula prinsip PAS kali ini.

PAS nampaknya meletakkan "kuasa politik" melebihi "kepentingan Islam". Inikah prinsip sebuah parti yang mendakwa dirinya memperjuangkan Islam sebagar dasarnya? Pemimpin DAP, Loke Siew Fook hina Islam pun tak mengapa, PAS tak kisah.

Asalkan PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR bebas mengutuk dan mencaci Islam. Apa lagi DAP dan PKR, kutuklah Islam sepuas-puasnya. PAS sudah memberi "green light"!

PAS rela "bisu" untuk menjaga hati "sahabat-sahabat syaitan"nya. Apa tidaknya? Sahabat-sahabat politiknya lebih penting dari Islam.

Agama PAS membenarkan agama Islam dihina dan diperkotak-katikkan, asalkan yang menghina itu adalah DAP dan PKR. PAS rela membiarkan arak dan "pub" berleluasa di kawasan-kawasan Melayu Islam. PBT Shah Alam rampas arak.

Ronnie Liu marah & suruh pulangkan. PAS marah Ronnie sekejap untuk "berlakon" depan rakyat kononnya PAS memang tak suka arak.

Bila Ronnie sergah sikit, terus PAS jadi "bisu". "Jinak" terus! Macam "Rottweiller" yang disergah "tuan"nya, PAS merelakan "kepalanya dipijak". "Arak pun araklahhhh", mungkin itu dalam fikiran PAS.

DAP dan PKR tak hormat PAS pun tak apa, asalkan PAS boleh jadi Exco.

Demi jawatan exco dan kuasa politik, tak de maruah pun tak apa. Satu-satunya ADUN DAP Kedah, sanggup keluar dari Pakatan Rakyat Negeri Kedah hanya semata-mata mempertahankan "maruah" diri dan dasar DAP.

Begitu sekali ADUN DAP itu mempertahankan "maruah"nya, walaupun DAP hanya mempunyai satu kerusi sahaja di dalam Dewan Undangan Negeri.

Tapi berlainan pula dengan PAS. Walaupun mempunyai 8 kerusi DUN di Selangor, seorang pun tidak berani mempertahankan "maruah" diri dan perjuangan dasar PAS! Saya tidaklah kisah sangat dengan maruah diri dan perjuangan PAS, tapi kalau dah sampai "maruah" Islam pun tidak mampu dibela oleh PAS, Parti Islam apa ini???

Ini parti yang ber"topeng"kan Islam untuk memenuhi nafsu serakah kekuasaan politik dan kepentingan peribadi. Inikah pilihan rakyat?

Jauh dalam sudut hati saya, saya sedih dan kecewa dengan pendirian PAS. PAS yang "dulu" kelihatan amat berbeza dari PAS zaman millenium.

PAS yang sebelum ini dihormati kawan dan lawannya berdasarkan prinsip agama yang kuat, amat jarang sekali membuat "u-turn" mengenai hal ehwal agama Islam.

PAS rela bergabung sesama parti politik lain termasuk UMNO demi kedaulatan agama Islam di Malaysia. Namun kini? PAS sudah "terbalik kuang".

Apakah ini salah Hadi? Atau apakah ini berpunca dari Nik Aziz? Amat membimbangkan situasi dan suasana nasionalisme di Malaysia sekarang.

Hatta DYMM Sultan Azlan pun bimbang dengan keadaan ini. Namun, PAS nampaknya "relax" sahaja sambil membiarkan "kepala"nya terus dipijak oleh pengkhaianat bangsa dan DAP!


Posted by DukeOfUMNO

Ihsan dari DukeofUMNO agar dapat kembalikan sedikit kesedaran pada bangsa.

wassallam-apbs.

Komentar :

ada 4 comments ke “PAS RELA DI PIJAK KEPALA - DukeofUMNO.”
hilbert said...
pada hari 

Salam GMC,

Nik Aziz betul-betul sudah keterlaluan. Rela agama Islam dihina, dicerca dan dipermainkan oleh orang yang bukan Islam.

Saya ingin bertanya, sekiranya Nik Aziz masih beriman kepada Islam, dimana dia letak tanggungjawab dia sebagai seorang Muslim terhadap agamanya???

Mengapa dia sanggup agama Islam terus dipersenda oleh masyarakat bukan Islam??? Mengapa Nik Aziz seringkali mengatakan UMNO menolak Islam???.. jika ada orang bertanyakan kepada saya, siapa lebih Islam..PAS kah UMNO?'''tentu sekali saya akan jawab UMNO.

Kita lihat saja di Selangor, dimana suara Nik Aziz? ada kita dengar dia bercakap pasal arak, pasal beer??? tak ada kan... di Selangor hanya Datuk Hassan Ali saja yang terpaksa bangkit menentang kebiadapan berterusan DAP terhadap orang Melayu dan Islam...tetapi Nik Aziz sibuk menyokong DAP supaya terus memijak Islam dan Melayu...sayapun tidak tahu..Nik Aziz ni Ulama jenis apa, gred apa...

YANG GAMBI said...
pada hari 

Salam GMC,

Semua kaki cacai PAS dan mabuk, Ronnie kasi yamseng beer........ dia pun dah mula jerit 'take beer......take beer......take beer'

Anonymous said...
pada hari 

Salam:
YangGambi dan hilberdmontell.

Yang peliknya PAS pecaya pada Kuasa Ketuhannya.
Tetapi seketika PAS langsung tidak dapat menerima kebesaran dan kekuasaan Allah swt..lalu mereka meletakkan UNDI sebagai penentuan kemenangan Islam..lalu arak dan judi di tidak di Haramkan semata-mata PAS takut kehilangan Penyong-penyokong India dan Cina.

Dimanakah pegangan PAS pada kekuasaan Allah swt? Apakah Kemenangan Islam itu terletak pada majority UNDI…? Hari ini PAS memperjuangkan kedaulatan Islam atau memperjuangkan KUASA?

Yang jelas pada kita hari ini PAS lebih memperjuangkan Kuasa dari Hukum Allah swt.Tidak masakan PAS sanggup bersekongkol dengan DAP untuk membunuh politik bangsa?
Apakah PAS mampu untuk memperjuangkan Islam bersama-sama musuh Islam yang terang-terang menentang Islam?

Bukankah Perjuangan PAS hari lebih Thoghut dan lebih kafir daripada kafir?

Hari PAS lah puncanya bangsa melayu berpecah belah! Lebih2 lagi didalangi oleh al-Khahfi mereka yang tidak tidak sedar dek untung!

Hari ini jelas PAS adalah talibarut bangsa no satu..mempergunakan agama merosak bangsa.

Mereka mengadakan perjanjian Iblis laknatullah bersama DAP untuk memerangi bangsa sendiri.

Allahuakbar !

WARIS PURBA said...
pada hari 

PAS dan Nik Aziz dah mabuk kuasa dan bukan perjuangkan Islam lagi tapi nak perjuangkan kuasa politik semata-mata sehingga sanggup agama dihina dan dijual

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.