Saturday, August 1, 2009

PANDANGAN PEMCACA- PAS BUKAN LAGI.........

semanggigunung said...


Membaca bukti dan alasan yang dipaparkan sahlah bahawa PAS bukanlah sebuah parti politik Islam, seperti yang dilaung-laungkan.

PAS adalah sama seperti parti-parti politik lain yang ada di tanah air tercinta ini. Perjuangan PAS juga terbukti bukan perjuangan agama Islam.

Perjuangannya adalah untuk semua bangsa dan agama – selari dengan “perjuangan PKR bahawa Malaysia bukan Melayu yang punya.

Malaysia Cina dan India yang punya”

PAS adalah untuk rakyat Malaysia,sama seperti yang diperjuangkan DAP dengan “Malaysian Malaysia” nya.

Perbezaannya hanya pada pemimpin. PAS dipimpin oleh orang Islam. DAP adalah di bawah rakyat bukan Islam. Perjuangan kedua-dua parti adalah sama.

Untuk tidak terus mengelirukan rakyat berbagai bangsa, khasnya orang-orang Melayu – Islam di kampung-kampung, adalah elok kalau PAS menggugurkan perkataan “Islam” dari parti itu.

Dan kalau digugurkan perkataan “Islam” pasti sekali akan menarik perhatian lebih ramai rakyat bukan Islam menyertai parti itu.

Dalam keadaan sekarang rakyat bukan Islam agak lebih berhati-hati dan “kurang yakin” untuk menyertai PAS, kecuali yang sudah merasai nikmat menjadi Ahli Kelab Penyokong PAS.

Semoga mudahlah rakyat di kampung-kampung membuat perbandingan dan pilihan, bila menjelang PRU 13, nanti.

TERIMA KASIH DIATAS KOMEN SAUDARA-apbs.

Komentar :

ada 0 comments ke “PANDANGAN PEMCACA- PAS BUKAN LAGI.........”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.