Thursday, August 6, 2009

MATANG PASIR,BATU TIGA- DRAMA PR MENJELANG PILIHAN RAYA.





“Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ulasannya menolak mentah-mentah desakan PAS .

Namun Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin memberikan ungkapan yang menarik “gugurkan Ronnie sebelum pakatan digugurkan”

Bijak bayang-bayang PAS dan PKR bersandiwara…

Atau apakah PAS dan PKR sudah celaru dengan ulasan dua ulama mereka ust Nga dan Gopala?

Jika berdasarkan pada 2 huraian ulama tersohor dari PKR,PAS dan DAP tersebut mustahil boleh bercanggah pendapat dan pandangan mereka…

Apakah huraian dari kedua-dua ust tersebut melalui ayat ke-90 dan 113 tidak memadai lagi untuk membuat keputusan?

Ruj- ulasan dari Ust Gopala dan Ust Nga….

UST GOBALA MP PADANG SERAI-KETUA KELAB PENYONG PAS MALAYSIA.

………..”Ulamak bernama Badrul amin ini betul-betul mengikut ajaran ini..dalam lokap tuan-tuan dan puan-puan ulama ditangkap ulama yang saya cukup sayang salah seorang darpadanya ialah Ust Badrul amin sanggup mengajar saya tentang kabaikkan tuan..tuan dan puan-puan..ulama yang betul-betul mengikut ajaran al-quran dan Hadith tuan-tuan dan puan-puan.”

“Apa yang belaku didunia ini misti belaku tuan-tuan dan puan-puan.semuanya telah dirancang oleh tuhan.Tuhan mau kita katakan kebenaran..memang tuhan merancang supaya kita ini bangun dengan sendirinya menentang pemerintah zalim…”



UST NGA KO MENG-YB O6O TAIPING.

………..saya walaupun orang kristian saya tahu AYAT90.
Maksunya allah menyuruh kita belaku dengan adil dan penuh belas kasihan…betol tidak…???

Kita datang dengan satu matlamat umum iaitu jatuhkan umno…

Maka saya dengan penuh hormat dan takzimnya membaca kitab suci ayat ke-90..

Saya disini sebelum baca kitab suci kena berpantun.

Nga ko tekun belajar
Baca al-quran tidak bersalah..
Jika salah..pohon tunjuk ajar..
Pemimpin semua bangsa baru terselah..

…kita tau inilah zalim ..dengan hormat dan penuh takzimnya saya nak merojok kepada surah hud ayat ke-113."



Bukankah mengikut ulasan Ust Nga sebelum menghurai ayat yang ke-90 dan 113 dari surah hud.

DAP,PKR dan PAS mereka mempunyai satu matlamat iaitu untuk menjatuhkan umno.

Tetapi jika kenyataan zul “Gugur Ronnei sebelum pakatan digugurkan” ini memberi gambaran baik pada UMNO.

Juga gambaran teramat buruk pada PAS…PAS mula dibayangi hantu-hantu kuncu-kuncunya..

Nampaknya UMNO perlu tunggu sementara kapal pakatan pecah…

YU..tentu kenyang!

Inilah perangkap politik murahan yang sedang disandiwara dan dipentaskan didalam satu kapal…untuk menipu bangsa....kononnya merekalah penegak kemungkaran yang ada.

Hebat lakunan mereka satu wajah,dua watak yang berbeza dalam satu masa.

Permatang pasir ,Batu tiga sandiwara menjelang pilihan raya.

Anakku zazali...hebat pengarahnya!





>

Komentar :

ada 1
semanggigunung said...
pada hari 

Bersandiwara, berlawak, bergurau adalah sebahagian dari bentuk hiburan kegemaran orang Melayu Islam di tanahair tercinta ini.

Aku perhatikan orang-orang Melayu Islam di Malaysia ini paling suka berhibur. Perhatikan kalau ada upadara “randuk api” dan lain-lain aktiviti yang dilakukan sebahagian dari penduduk bukan Melayu dan bukan Islam, siapa yang ramai hadir ? Melayu…….

Tapi harap-harap janganlah pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam (tak kiralah PAS, PKR atau UMNO) pula ambil kesempatan ini untuk menyelitkan unsur-unsur hiburan yang menjadi kegemaran rakyat Melayu, di dalam perkara-perkara yang sepatutnya serius dan mengharapkan orang-orang Melayu Islam mendapat mesej sebenar. Dan bersedia menghadapi realiti bakal menjelang.

Pemimpin-pemimpin Melayu Islam sepatutnya pandai membezakan perkara yang serius itu dari bahan-bahan hiburan, yang selalunya membuat kita seronok tergangga dan tak sedar kain yang dipakai dah terlondeh.

Dan kita akan lebih seronok melihat lebih ramai orang turut ketawa berdekah-dekah, wal hal yang diketawakan sebenarnya, kerana melihat kain yang kita pakai, terlondeh.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.