Thursday, July 9, 2009

WHO IS THE BOSS?. AMARAN KEPADA DAP!! - ZULKIFLI NORDIN



Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin: "Jika hendak meneruskan permuafakatan dengan cara ugutan, ia tidak akan bertahan lama, Pakatan akan berpecah. Jadi saya memberi amaran kepada DAP supaya berhati-hati dalam tindakan mereka, ......PKR dan Pas sudah banyak kompromi dalam pelbagai hal dan DAP perlu bersikap sama dalam isu yang dianggap negatif......."Jika hendak meneruskan permuafakatan dengan cara ugutan, ia tidak akan bertahan lama, Pakatan akan berpecah. Jadi saya memberi amaran kepada DAP supaya berhati-hati dalam tindakan mereka," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini semalam.
Siapa Boss dalam Pakatan?....

NOW ???

WHO IS THE BOSS?
SIAPA BOSS?? MASIH PAKATAN !!!!!!!!!!

ALOR SETAR, 8 Julai (Hrkh)- Badan Perhubungan KeADILan Kedah telah bertemu dengan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak petang semalam berhubung penerangan isu-isu terkini di Kedah.

Pertemuan itu diadakan di dewan besar Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Sri Mentaloon dekat sini bermula jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Pertemuan itu disertai Pengerusi KeADILan Kedah, Ustaz Ahmad Kassim yang juga ahli Parlimen Kuala Kedah; Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato' Johari Abdul; peguam, Saiful Izham Ramli dan barisan kepimpinan KeADILan Kedah yang lain.

Harakah dimaklumkan perbincangan meliputi fokus isu perobohan pusat sembelihan khinzir dan isu-isu pentadbiran selain beberapa lontaran idea.

Ustaz Azizan kelihatan hadir ditemani Setiausaha Politiknya, Mohd Sanusi Mohd Nor dan Setiausaha Akhbar, Helmi Khalid.Hari ini Ustaz Azizan dijadualkan mengadakan mesyuarat bersama exco kerajaan Kedah di Kuala Lumpur pada sebelah pagi, sementara petangnya bertemu dengan Penasihat DAP, LimKit Siang.

Pertemuan itu dijangka membincangkan isu Pakatan Rakyat Kedah selepas kontroversi pengumuman DAP Kedah yang kononnya mahu keluar Pakatan Rakyat Kedah.

Komentar :

ada 0 comments ke “WHO IS THE BOSS?. AMARAN KEPADA DAP!! - ZULKIFLI NORDIN”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.