Saturday, August 1, 2009

SIAPA TALIBARUT BANGSA JIKA MAMPU BERTUKAR WAJAH DAN KATA DALAM SATU MASA..?




Anwar bukan pejuang melayu pertama yang dipenjarakan dalam sistem kehakiman Malaysia, tetapi masih ramai lagi diantaranya Dato,Harun Idris,Dato,Moktar Hashim,Ibrahim Ali manakala aktivis PAS Mat sabu yang menganggap Penjara tempat persingahannya tetapi mengapa tidak mendapat liputan media barat terutama Amerika dan sekutunya.


Mengapa mereka terlalu bersimpati pada anak kelahiran Seberang Prai tersebut hanya sekadar seorang aktivis Islam semasa mengepalai ABIM dulu?

Apakah ilmu agamanya setaraf Asy Ust Ibrahim Mahmod yang syahid demi mempertahan kedaulatan agama atau dia salah seorang ulama yang tersohor di peringkat dunia?Apa kelebihan llmu akademik atau ilmu agamanya?

Mengapa bank dunia terlalu kemaruk kepakaran anak kelahiran To’ Kun tersebut yang kelulusannya sekadar ijazah di bidang sastera saja.


Apakah tiada lagi manusia yang lebih hebat dari Anwar di Negara Yahudi tersebut? Apakah sudah tiada lagi ulama yang standing dengan ilmu agama anak kelahiran To’ kun tersebut sehingga dalam forum agama di Peringkat antara bangsa Negara barat perlu menjemputnya.


Sudah berapa puluh kitab dan fatwa yang telah Anwar sumbangkan pada dunia Islam,dan sudah berapa puluh buah Maahad yang telah dibangunkan melalui ilmu agama yang dia ada.Sudah berapa ribu anak muridnya yang sudah menyandang gelaran ulama dibawah bimbingannya.


Sedarkah kita gelaran yang dimiliki hari ini pun Negara kita yang memberi padanya,itupun bila dia berpaling tadah pada PAS yang kemarok pada pengaruhnya.


Hari ini sedarkah PAS,Anwar pernah mencaci dan cela perjuagan mereka dan bukan setakat itu saja Anwar menghina pemimpin-pemimpin dan ulama PAS yang befikir tidak mengunakan Kepala atau akal, teapi PAS hanya hebat setakat maki dan mencela pemimpin Negara saja.


Apakah PAS terlalu mudah melupai segala caciannya.Terfikirkah PAS seandainya Anwar masih mengepalai Negara dimana PAS hari ini? Sudikah Anwar menghulur tangan pada

PAS untuk berkerjasama….jauh panggang dari api!

Janganlah PAS bermimpi disiang hari mengharap simpati pada anak kelahiran To’ Kun tersebut. Kerana sejarah sudah membuktikan berapa ramai yang meninggalkan perjuangan PAS pada waktu itu seterusnya menyertai UMNO bersama Anwar?


Hari ini apa yang dicita-citakan oleh PAS sudah tercapai walaupun Anwar tidak menyertai PAS tetapi mereka sudah seiring sejalan untuk menegak panji-panji Islam.Bukankah PAS telah mengangap anak kelahiran To’ Kun itu al- Khahfi pada PAS.


Hari ini di bagaimana pula janji2 PAS utk menegakkan panji Islam di negeri2 yg dikuasai. Terutama di Kedah.

Di mana pula usaha2 utk melaksanakan apa yg diungkapkan di ceramah2 seluruh negara sewaktu pilihanraya?

Di mana janji utk menghapus @ mengawalnya arak, maksiat & judi apabila menguasai negeri? Di mana usaha –usaha untuk melaksana hukum.

Dimana pula pelembagaan PAS yang di laung-laungkan selama ini ingin menubuh Negara Islam dan untuk melaksana Hukum Allah swt?


Lupakah PAS yang Panglima mereka Mat Sabu sendiri yang mengugurkan Negara Islam dalam PRU12 yang lepas semata-mata PAS terlalu kamarok pada kerjasama DAP?

Lupakah PAS yang mantan MB PAS Perak Ir.Nizar Jamalddin juga telah membuktikkan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana transkrip atau memorandum atau Pelembagaan PAS yang tercatit PAS akan menegakkan Negara Islam atau untuk melaksanakan Hukum?

Pekak kah PAS. Di Kedah MB Pas Azizan Razak sendiri menolak untuk melaksana Hukum semata-mata kerana UNDI cina dan India.

Desakkan ini bukanlah datangnya dar pihak UMNO yang di tuduh thoghut tetapi dari penyokong-prnyokong PAS sendiri.

Mengapa PAS menolak ke ketepi desakkan dari penyokong mereka sendiri?

Siapa Azizan Razak? Yang sanggup menepikan hukum kerana UNDI.Lupakah dia pada Kuasa Allah swt yang menentu segala-galanya menang atau kalah.

Lupakah Azizan Razak dalam PRU12 dia tidak termimpi dan terlintas di hatinya Allah swt akan memberi kemenangan pada PAS.

Dan hari ini bila Allah swt telah memberi apa yang tidak termimpi olehnya mengapa Azizan Razak masih ragu untuk melaksana Hukum ?

Mengapa terlalu mudah dia merendahkan kuasa Allah swt berbanding undi cina dan India.


Astaqfirullahala’zim!... Inikah rupanya pemimpin Islam yang bertaraf ulama’ yang sekadar becita-cita mat jenin untuk menjadikkan Kedah sebagai madinah dibawah naungan ulama’.

Hari ini PAS masih lagukan irama yang lama,yang tidak pernah ujud dan termaktub dalam pelembagaannya selama ini untuk menubuh Negara islam atau untuk melaksana Hukum.

Walaupun tidak tercatit dalam pelembagaan PAS mengapa pula si-Mat Sabu tidak begitu waras mengugurkankan apa yang tidak pernah ada dalam pelembagaan PAS selama ini.

Apa yang Mat Sabu gugurkan…?????? BOM! Untuk menggugurkan putar belitnya pada bangsa Melayu atau pada peserta-peserta seminar pada hari tersebut yang di adakan di-hotel Sri-Malaysia.

Siapa dan badan mana pula yang menyediakan kertas-kertas kerja dalam seminar PKR yang dihadiri oleh Mat sabu pada hari itu?

Datang dari manakah kertas kerja tersebut?

Mengapa terlalu lewat kertas kerja tersebut tiba?
Mat Sabu janganlah BUTA kan matanya atau memutar belit kata…

Bukankah Mat sabu sendiri pernah mengakui PAS kini terasa sukar untuk memainkan isu kafir-mengkafir terhadap UMNO…kerana isu itu nanti akan mengguris hati DAP dan Makkal sakthi?

Lalu Mat Sabu mencari helah untuk mengubah haluan maki dan cela pada bangsa Melayu UMNO sahaja dengan alasan UMNO menolak Hukum. Supaya PAS dapat melembutkan hati MCA dan MIC kepada perjuangan PR.

Semua tipu daya PAS ini sudah seawalnya direncanakan oleh Mat Sabu untuk menutu pekong dan cabuk PAS yang kini bersekongkol dengan DAP,juga untuk menyelamat pengaruh DAP,MIC dan MCA dari mengangap PAS bermusuh dengan lain-lain bangsa.

Hari ini UMNO terutama orang melayu perlu berhati-hati…PAS tidak akan bermain dengan Isu kafir mengkafir lagi.Fatwa Awang Hadi sudah di buang ke lubang jamban oleh PAS.

Jika PAS terus mengguna isu kafir menkafirkan UMNO Be-End sekarang ini.
Terbukti hari ini PAS tidak lagi bermain isu kafir mengkafirkan lagi terhadap Be-End…


Hari ini jelas PAS memusuhi UMNO saja..untuk membuktikan PAS bukan bermusuh dengan MCA dan MIC.Alasannya UMNO sajalah musuh PAS yang utama kerana mereka menolak hukum agama….


Ruj: CD ceramah Mat sabu dalam Seminar PKR Kedah di- Hotel Sri Malaysia Sungai Petani menjelang PRU12.

Yang jelas hari ini senjata PAS telah memakan diri dan orang Melayu seterusnya memberi kekuatan pada DAP bahawa PAStidak akan memperjuangkan Negara Islam dan Hukum.

Hujah ini terbukti bila…..

PAS sendiri melalui mantan MB PAS Perak Ir- Nizar Jamaluddin dan dan MB PAS Kedah Azizan Razak sendiri menafikan dan menolak Hukum Allah swt apabila warga PAS sendiri mendesak MB melaksana Hukum Haram Judi di Kedah.


Terbukti hari ini PAS sendiri telah member kemenangan mudah pada DAP dalam dua Isu yang sensitive pada DAP iaitu Dasar Pelaksanaan Hukum di Malaysia dan menghapus hak istimewa bangsa sendiri.

Hari ini tidak hairan terdapat blog-blog yang menghina bangsa Melayu dan agama Islam ke tahap yang cukup KURANG HAJAR,kerana PAS bersama al-khahfinya telah membuka ruang yang cukup pada bangsa asing untuk mencaci bangsa dan Agama sendiri…..UMNO!

Hari ini sedarkah PAS. Politik mereka hanya bagai ANJING menyalak bukit dalam Isu HUKUM dan Negara Islam di Malaysia.


Renunglah-renunglah kita bangsa Melayu….

….SIAPA TALIBARUT KITA diantara Politik bangsa yang ada?

wassallam.

Komentar :

ada 1
Anonymous said...
pada hari 

sedapnya buruk2kan org.. dah kaji ke maklumat itu betul ke tidak. or anta x tgk lagi pengakuan sukma ni..

http://www.youtube.com/watch?v=W0lbHoTQEiE&feature=related

x tahu lagi ker?
cuba tgk yg ini pulak.
ikutlah nak percaya ke tidak, maklumat drpd artikel anta langsug tidak ade sahihnya, cuma copy paste dan byknya kecelaruan fakta dari sumber yg tidak tepat. tp video yg ini bknnya dibuat2..

http://www.youtube.com/watch?v=2vP2wDVBtvA

ikutlah.. nk percaya xnk..

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.