Thursday, July 9, 2009

DAP KELUAR PAKATAN__ Azizan sifatkan apa yang berlaku sebagai ‘ribut dalam cawan kopi’ saja.


Friday, July 3, 2009
Perpecahan Pakatan Rakyat di Kedah angkara siapa?
KATA USTAZ AZIZAN : "Kalau mereka nak keluar, saya nak kata apa.

Kalau (DAP) nak kata kurang (diberi) layanan pun, apakah layanan yang mereka maksudkan kerana setahu saya, kerajaan negeri telah beri layanan baik untuk semua," katanya kepada pemberita di sini Khamis.




KATA ANWAR IBRAHIM : "Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan.

Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

KATA DAP KEDAH : “Kami bukan main-main “. Tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang negeri ini adalah serius dan bukan diperbesar-besarkan media seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su berkata, keputusan tersebut muktamad setelah kesemua ahli DAP negeri sebulat suara bersetuju untuk bertindak sedemikian.

KATA MURSYIDUL AM PAS NIK AZIZ : “Itu masalah negeri, saya tak tahu, terserahlah kepada Kedah,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

DAN HARI INI PULA..........BEGINI!!!!

DAP dan Kerajaan PAS Kedah setuju damai…

‘Tembak menembak’ antara DAP Kedah dengan Kerajaan negeri PAS yang meletup kerana tindakan meroboh tempat penyembelihan babi di Alor Star baru-baru ini reda hasil pertemuan antara Lim Kit Siang dan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak di Kuala Lumpur petang Rabu.

Ketegangan itu telah mendorong DAP Kedah memberontak hinggakan wakil rakyat tunggal parti itu istihar keluar dari kerajaan pakatan pembangkang.

Dalam sidang akhbar selepas pertemuan selama 40 minit itu kedua Kit Siang dan Azizan sifatkan apa yang berlaku sebagai ‘ribut dalam cawan kopi’ saja.

Lihatlah cara mereka berdalih dan berhelah......!!!!

Komentar :

ada 0 comments ke “DAP KELUAR PAKATAN__ Azizan sifatkan apa yang berlaku sebagai ‘ribut dalam cawan kopi’ saja.”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.