Tuesday, July 21, 2009

BENARKAH MALAYSIA JUGA KE ARAH TURKI MODERN ?


KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) -

Umat Islam di negara ini wajar mengambil iktibar berlaku ke atas umat Islam di Turki yang menghadapi tekanan semangat kebangsaan yang diatur pihak musuh.

Semangat kebangsaan memuncak sehingga menghalang rakyat mengamalkan ajaran Islam ketika bangkit fahaman yang dibawa Kamal Antartuk.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, musuh Turki pada masa itu mencari jalan menyesatkan bangsa Turki daripada ajaran Islam.

Katanya, ideologi barat mulai menyerap masuk ke Turki yang dibawa Mustafa Kamal Antartuk sehingga menyebabkan Khalifah Othmaniah tumbang.

Beliau berkata, selagi manusia mengikut telunjuk orang lain dan tidak mengikut dasar Islam, maka selama itulah mereka tidak akan selamat.

Persoalannya apakah di Negara kita terlepas atau bebas dari sebarang tekanan semangat kebangsaan yang tidak akan mengikut jejak turki modern?

Hari ini sedarkah kita dengan kebangkitan pengaruh Anwarisme melalui islam liberalnya sedikit sebanyak Negara kita juga sedang merintis denai kearah ala Turki Modern?

Apakah kita masih belum sedar atau masih kabur untuk menghidunya kerana atar yang semerbak yang dipakai oleh ulama-ulama PAS telah menghilang segala bau cabuk yang sedang berulat disekeliling mereka?

Masihkah kita mahu menafikan pengaruh ideology barat juga sudah dan sedang menyerap masuk ke dalam politik bangsa melalui pengaruh Anwarisme dan kumpulan Erdogannya sehingga menyebabkan tumbangnya pengaruh ulama didalam PAS hari ini kerana mengikut telunjuk kuasa dan pengaruh politiknya.

Apakah masih tidak cukup bukti yang boleh kita katakan kebangkitan pengaruh Anwarisme hari ini juga akan menghalakan Negara kita ke arah Turki Moden?

Masih lena kah kita yang asyik menunding jari kearah kuman diseberang laut..? Apakah kita sudah BUTA Gajah membusung didepan mata.

Komentar :

ada 1
KALAM JAUHARI said...
pada hari 

Salam kepada tuan punya blog. Saya gemar wacana sebegini, membicarakan polemik untuk membentuk satu kesatuan ummah dalam acuan-acuan yang tersendiri. Soalan saya apakah model negara Islam yang saudara rasa patut dunia gunakan?

Sekian wassalam

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.