Tuesday, July 7, 2009

Allah memerintahkan supaya kita mengutamakan perdamaian kerana matlamat adalah untuk menyelamatkan manusia," - Awang Hadi.



SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan 'PAS sebagai bahtera yang selamat' kepada seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam sesi ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati hari ini.

Presiden PAS menegaskan, sesiapa yang meninggalkan bantera itu, pastinya akan tenggelam.

PAS disifatkan demikian kerana parti itu memperjuangkan Islam yang sebenar, tatkala suasana hari ini penuh dengan rasuah, kerosakan akhlak dan masalah ekonomi, katanya.

Kini PAS katanya, sudah diterima pelbagai pihak samda kawan mahupun lawan, samada Islam mahupun bukan Islam.

Dalam ucapan yang sama, beliau menyatakan komitmen bahawa PAS adalah bahtera yang diakui lawan akan kekuatannya, selain akan tetap dengan bahtera tersebut juga.

Beliau turut menjelaskan beberapa isu membabitkan 'tahaluf siyasi' hari ini yang dilakukan PAS dalam mendepani politik nasional.

Penubuhan Kelab Penyokong PAS disentuh selain persefahaman dengan pelbagai pihak dalam isu-isu tertentu ketika adanya krisis tertentu.

Sebelum ini Barisan Alternatif dan kini Pakatan Rakyat menjadi medan PAS bersepakat dalam kerjasama politik, katanya.

"Allah memerintahkan supaya kita mengutamakan perdamaian kerana matlamat adalah untuk menyelamatkan manusia," ujarnya.

Komentar :

ada 0 comments ke “Allah memerintahkan supaya kita mengutamakan perdamaian kerana matlamat adalah untuk menyelamatkan manusia," - Awang Hadi.”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.