Thursday, June 25, 2009

MUFTI PERLIS DITUDUH BAPA SYAITAN ? APA KAH KERANA PANDANGANNYA TENTANG REPLIKA!







Selasa Oktober 7, 2008
Mufti Perlis: Penyokong Anwar jangan taksub
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


PETALING JAYA: Penyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar tidak terlalu taksub hingga dilihat seolah-olah memuja pemimpin itu.


Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata tindakan penyokong Anwar membina replika setinggi 12.2 meter itu seolah-olah mereka terlalu mengagung-agungkannya.
"saya tak salahkan Anwar, bukan dia yang pasang gambar itu. Penyokong beliau itu jangan bertindak berlebih-lebihan kerana ia boleh memesongkan akidah umat Islam," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Tambah beliau tindakan memasang replika tersebut perlu dihentikan segera kerana bimbang perkara itu akan menjadi satu amalan dalam masyarakat.
Dr. Mohd Asri berkata jika perkara tersebut dibiarkan masyarakat akan beranggapan ia sebagai sesuatu yang biasa.


"Kita tak mahu perkara ini jadi satu amalan dalam masyarakat. Sekarang gambar Anwar, lepas ini mungkin gambar pemimpin lain pula yang akan diagung-agungkan," katanya.
Beliau berkata, para penyokong seseorang pemimpin itu boleh memuji mengenai kepimpinan dan juga idealisme pemimpin mereka.

"Kita patut puji sumbangan pemimpin kita, bukan dengan cara memuja mereka," katanya.
Tegasnya umat Islam seharusnya menentang sebarang bentuk pembinaan patung dan mengelakkan sebarang unsur pemujaan.

"Mereka mungkin menidakkannya, tapi ia sebenarnya adalah unsur pemujaan melampau kerana jelas sekali tujuan mereka adalah untuk menyanjungi Anwar.
"Jadi replika itu perlu diturunkan segera dan ia merupakan satu pembaziran," katanya.
Ditanya bagaimana dengan tindakan meletakkan gambar pemimpin pada sepanduk atau poster, beliau berkata ia bergantung tujuannya.

"Kita perlu lihat pada tujuannya dahulu. Contohnya gambar pemimpin pada poster pilihan raya, ia bertujuan memperkenalkan pemimpin itu.
"Tapi kalau bina replika sebesar itu apa pula maksudnya?" katanya.

Komentar :

ada 0 comments ke “MUFTI PERLIS DITUDUH BAPA SYAITAN ? APA KAH KERANA PANDANGANNYA TENTANG REPLIKA!”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.