Saturday, June 13, 2009

SIAPA SEBENARNYA ANWAR?



Carl Gershman (dua dari kanan), seorang Yahudi berfahaman Zionis, memegang jawatan Presiden NED adalah salah satu penaja program ceramah Anwar dan CSID
Menariknya, Anwar terlibat dalam badan berlabel Islam bernama CSID dan tema utama pun berbau Islam iaitu Islam dan Demokrasi, tetapi penaja utama CSID adalah seorang Yahudi, Carl Gershman, Pengerusi NED (Turut hadir dalam program itu adalah Dr. Imad-ad-Dean Ahmad (Presiden MFI); Aly Abuzakouk (Naib Presiden MFI) dan Atilla Yayla (Insitute for Liberal Thinking, Turki.




Anwar bersama pendokong Minaret of Freedom Institute (MFI), sebuah organisasi untuk kebebasan Islam di Amerika Syarikat. Dari kiri Anwar Ibrahim, Aly Ramadan Abuzakouk (Naib Presiden MFI) dan Atilla Yayla of The Insitute for Liberal Thinking, Turki.


PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL-SESAT !


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan pemikiran Islam Liberal adalah SESAT dan menyeleweng daripada syariat Islam.[3]

Hujah yang digunakan adalah seperti Islam cuma satu, iaitu yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW menerusi al-Quran dan Sunnah.
Kerajaan Malaysia sebagai pemerintah Islam yang diamanahkan untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar telah bertindak bijak dalam soal ini. Tindakan berasaskan siyasah syar’iyyah iaitu demi menjamin kesucian agama di samping membangunkan urusan dunia (hirasat al-din wa ‘imarat al-dunya).

Melalui konsep tersebut maka pengharaman pemikiran-pemikiran tertentu adalah salah satu cara yang digunakan oleh pemerintah demi menyekat jalan-jalan (sadd al-zari’ah) yang boleh merosakkan aqidah dan pemikiran umat Islam.


Pemikiran adalah hak asasi setiap individu yang berakal. Dengan pemikiran juga lahirnya segala tingkah laku dan amal perbuatan. Hadith Rasulullah s.a.w. mengatakan: “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat”.
Walau bagaimanapun terdapat pendapat yang mengatakan usaha menyekat pemikiran liberal dilakukan kerana tidak mahu orang Islam bersikap terbuka. Seperti kata Setiausaha Majlis Uskup-Uskup Katolik Malaysia, Brother Augustine Julian.

Komentar :

ada 0 comments ke “SIAPA SEBENARNYA ANWAR?”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.