Friday, June 12, 2009







PAS - 1981.

Amanat Haji Hadi Awang adalah merujuk kepada sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Abdul Hadi Awang di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu. Sedutan amanat beliau berbunyi seperti berikut:

“ Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan:

1) Perlembagaan penjajah,
2) Mengekalkan undang-undang kafir,
3) Mengekalkan peraturan jahiliyah. \

Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

1) Perjuangan kita adalah jihad,
2) Ucapan kita adalah jihad,
3) Derma kita adalah jihad.

Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini,

Mati kita adalah syahid.

Mati kita adalah Islam.
Kita tidak perlu masuk Buddha,
Kita tidak perlu masuk Hindu,
Kita tidak perlu masuk Kristian,
Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.”

Apakah muslihat Politik PAS,bila DAP dan Makkal Sakthi sudah menjadi sekutunya hari ini.Bukankah Kelab penyokong PAS itu adalah terdiri daripada cina dan India yang bakal menjadi Stock calun mereka.Apakah PAS sudah membatalkan isu kafir menkafirkan penyokong yang memilih calun selain dari Bangsa Melayu?

Hari ini,PAS juga kian celaru mereka juga memiliki calun yang bukan Melayu.Tujuan Penubuhan Kelab Penyokong PAS semata untuk kepentingan politik PAS tidak lebih daripada itu dan dalam masa yang sama untuk membunuh Politik sekutu sendiri.Benarkah PAS boleh dipercayai dalam Politik hari ini?

Agenda Islam sah sudah menjadi bukti Retorik pemimpin pemimpi mereka saja hari ini.Di Perak mantan MB PAS Perak Ir.Nizar sudah membuktikan tidak ada dalam mana manisfeto atau strankrip PAS yang tercatit PAS ingin melaksana Negara Islam dan Hudud.Begitu juga di Kedah.MB Pas sendiri menolak untuk mengharamkan judi.Dengan alasan Undi cina dan indialah yang akan menjadi penentu kemenangan PAS dalam PRU13 nanti.

Hari ini apakah kematian pemimpin dan penyokong PAS masih lagi Syahid?Dan masih jihadkah lagi segala perjuangan,ucapan dan derma?Bila mana PAS hari ini sudah bersekutu dengan kafir yang dimaksudkan mereka dulu?Mampukah PAS memujuk DAP agar melaksanakan HUKUM dan menubuh Negara Islam.

Sedangkan Pemimpin DAP sediri lebih biadap dari tuduhan PAS pada UMNO menentang Islam.Andainya DAP mengakui perundangan ISLAM itu baik dan luhur mengapa pula,mereka hanya sanggup mencanangkan keagungan Khalifah Omar Abd Aziz tetapi menolak untuk melaksana dasar dan undang2 yang diakui baik? Hari ini mereka membaca dan mengagungkan ayat suci yang dapat mengajar mereka dan pemimpin sesuatu yang baik.

Tidak kurang pula yang memuji dan memuja ulama’ PAS kononnya sanggup mengajar kebaikkan kepada mereka.Tetapi mengapa mereka enggan bersama PAS dan ulama untuk melakukan sesuatu yang baik untuk semua? Bukankah ini satu muslihat DAP untuk mencari pengaruh dan kuasa semata mata untuk membunuh Politik bangsa melayu? Waktu itu mampukah Islam menjadi Agama resmi Negara ini lagi?

Hari ini sudahkah PAS mengamal sepenuhnya politik dan agama,tidak lagi hanya sekadar suku agama dan suku politik yang boleh mengakibatkan Kafir.Apakah PAS sanggup menjadi Kafir untuk menunggu seluruh negeri dikuasainya?barulah PAS mampu mengamalkan sepenuhnya politik dan agama.Tidak lagi "Politik suku" "agama Suku"?

Sanggupkah PAS menjadi KAFIR hingga PRU13 ?Bila mana PAS masih lagi melaksanakan dasar "Politik suku" "Agama suku" Bila mana PAS gagal lagi memenuhi sepenuhnya amalan tiga per empat lagi politik dan agama yang masih kurang? Kerana PAS masih lagi GAGAL menawan keseluruhan Negeri dalam PRU12.

Hari ini apakah Kedah,Perak dan selangor sudah menjadi "KAFIR" tidak temasuk kelantan yang mungkin tidak lagi mengamalkan "Politik suku" dan "Agama Suku" mengikut amat Hadi Awang?

Komentar :

ada 0 comments ke “ ”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.