Tuesday, June 30, 2009

NEGERI DIBAWAH ULAMAK...SEJAHTERA UNTUK SEMUA



KAMPUNG CHINA – Orang ramai tertanya-tanya mengenai kesesuaian Kampung China dijadikan tempat penternakan babi menggantikan Kampung Berjaya Alor Setar yang akan dirobohkan awal bulan ini kerana kawasan itu dikelilingi beberapa kampung Melayu berdekatan kawasan itu.

Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang, Abdul Syukor Abdul Ghani berkata, perancangan dan kajian akan dilakukan bagi memastikan tapak di sini sesuai dijadikan tempat ternakan babi atau tidak.

Menurutnya, kira-kira dua relung tanah dicadangkan sebagai tapak pembinaan tempat ternakan babi itu.

“Tapak ini dikelilingi sawah padi dan faktor saliran mesti diambil berat bagi memastikan saliran najis itu mengikut cara dan kaedah yang betul.

“Tanah cadangan tempat pembinaan ini adalah milik individu berbangsa Cina yang bersetuju tanah itu dijadikan tempat ternakan babi,” katanya kepada Sinar Harian ketika membuat lawatan ke tapak cadangan pembinaan tempat ternakan babi itu di sini, semalam.

Abdul Syukor berkata, pembinaan tempat ternakan babi di sini merupakan satu cadangan daripada pihak pengusaha yang merasakan tempat ini sesuai bagi aktiviti berkenaan.

“Turut membuat lawatan ke tapak ternakan babi itu ialah wakil dari Pejabat Tanah Pendang, Majlis Daerah, Mada, Pertanian, Veterinar, penghulu mukim, Jabatan Alam Sekitar dan beberapa jabatan lain.

“Sama ada tempat ini sesuai atau tidak adalah bergantung selepas perbincangan dan pelan yang dikeluarkan serta bergantung kepada perbincangan bersama pihak teknikal yang menentukan kesesuaiannya,” katanya.

Komentar :

ada 0 comments ke “NEGERI DIBAWAH ULAMAK...SEJAHTERA UNTUK SEMUA”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.