Thursday, June 11, 2009

APAKAH MALAYSIA AKAN MENUJU KEARAH ISLAM LIBERAL?

Mustafa Kemal Ataturk, anak kelahiran Salonika, Greece ini telah banyak mengenengahkan idealisma-idealisma yang merosakan pemikiran rakyat Islam Turki.


Kelahirannya yang dikatakan masih kabur dan kurang jelas dari segi catatan masa, hari,bulan, dan tahun menjadikan beliau sebagai salah seorang pemimpin yang popular (dengan kezalimannya), tetapi beliau sendiri yang mencatatkan tarikh kelahiranya pada 19 Mei iaitu hari di mana beliau mendarat di bandar Samsun berhampiran dengan Laut Hitam, di utara Anatolia, di mana tempat ini beliau mula melancarkan gerakan Pembebasan Turki.

Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu ALI RIZA suami rasmi Zubeyde (Zubaidah).

Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular.

ZUBAIDAH pula bonda kepada Firaun moden, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustafa, mungkin kerana anak itu tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustafa menikmati susu dari ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri.

Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau CUKUP BERMINAT dengan cara pendidikan barat,maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit istentinal tuberculosis.

Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai-arak dan juga mengunjungi rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi.

Beliau suka bermain judi dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang BISEKSUAL dan gemar melakukan HUBUNGAN SEKS DI LUAR TABIE di kalangan pelajar sekolah.

Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya dengan mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan MENGALIHKAN pandangan masyarakat bahawa beliau adalah BAPA ANGKAT kepada pelajar-pelajar tersebut.

Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa Pembangunan Turki Moden" dan apakah situasi ini sedang belaku di Negara ini? untuk mengujudkan Islam liberal atau Islam Demokrasi?

Persoalannya apakah Islam yang dibawa oleh Raullullah s.a.w belum cukup lengkap dan tidak mencapai tahap demokrasi?

Komentar :

ada 1
anakbukithijau said...
pada hari 

APDS:
Membaca “cerita” firaun moden, MKA yang hangpa paparkan benar-benar membuat aku termenung sejenak.
Masa di sekolah rendah berpuluh tahun yang lalu fakta sejarah yang aku dapat tak selengkap yang hangpa coretkan ini. Aku hanya ingat bahawa MKA yang memodenkan Turki; menjadikan Turki sebuah negara secular hingga hari ini. Dan juga ada sedikit maklumat apa yang terjadi selepas MKA meninggal dunia.
Kisah “perangai buruknya” serta kegemaran anihnya tak ada langsung disebut oleh guru-guru ku ketika itu.
Aku dapati ada persamaan dengan tingkahlaku dan buruklaku seseorang di negara tercinta ini, ketika ini. Dan yang lebih dahsyat lagi yang membuat aku betul-betul takut apakah peristiwa menukarkan sebuah Negara Islam kepada sebuah Negara secular oleh seorang pemimpin Negara Turki, akan berulang di Negara Malaysia yang tercinta ini, oleh seorang pemimpin Islam. Aku sentiasa berharap perkara buruk ini dapat dibendung.
Bolehkah rakyat Islam menentang dan menghalangnya dari terjadi, walhal nampak sangat ada kecenderungan oleh pemimpin-pemimpan sebuah parti politik Islam sendiri nampak tidak lagi berminat untuk menjaga kepentingan Islam; malahan sudah ada petanda bahawa Islam sekadar dijadikan bahan meneruskan kerja-kerja politik; kerana kepentingan politik, Islam di kesampingkan.
Ulama’ yang sepatutnya menjaga dan pertahankan Islam, juga mudah diperlekehkan. Kata-kata dan pandangan ulama’ d imomokkan. Dan ada yang sampai hati mengata nista ulama’(di luar parti politik) sebagai “bapa syaitan”.
Relakah Malaysia dijadikan Turki kedua?

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.